IKHWAN Tawan Mesir, Langkah Awal Tentera Al-MAHDI: KIAMAT 1

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده

والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Kita digembirakan dengan kemenangan Presiden Mesir, Dr. Muhammad Mursi daripada Ikhwan Muslimin. Dalam slot kali ini, saya akan membawa pembaca untuk menilai sendiri buku yang ditulis oleh Muhammad Isa Dawud yang bertajuk “Imam Mahdi di Ambang Pintu 1” dengan fakta serta kes yang berlaku dalam perubahan dunia. Buku ini telah dicetak kali ketiga pada tahun 2006. Untuk Slot Kiamat 1 ini, saya bawakan anda dalam Bab 7.

Bab 7: Imam Mahdi Memerintah dan Menguasai Mesir Raya

Terdapat beberapa ayat yang menarik dalam beberapa muka surat bagi bab ini. Kita lihat satu persatu dan kita cuba kaitkan dengan keadaan yang berlaku sekarang ini.

 mukasurat: 192 menerusi ilham, perintah atau arahan-arahan, al-Mahdi akan muncul dalam pasukan tentera Islam supaya bergerak menghala ke Mesir yang dipandang sebagai sarung anak panah. Ianya merupakan pintu terdekat ke al-Qudus. Dalam hal ini, Nabi saw pernah memuji para tenteranya bahawasanya mereka adalah sebaik-baik pasukan tentera yang ada di bummi ini!. Sesungguhnya telah ada hadis yang menerangkan bahawa Mesir akan dikuasai dalam masa sebulan atau kurang sedikit setelah kemunculan al-Mahdi.

Ikhwan Muslimin memenangi pilihanraya Mesir sehingga Presiden Mesir diumumkan kemenangan mengambil masa berapa lama?? sebulan atau berapa??

Mukasurat: 194 – Al-Mahdi akan memasuki Mesir dengan segala ucapan tahniah dan kehormatan, seolah-olah beliau Amru bin al ‘As yang diutus semula….

Cuba anda cari surat khabar Berita Harian pada 26 Jun 2012 bahagian Dunia. ada tajuk yang membicarakan tentang “Presiden Mesir terima ucapan tahniah daripada pemimpin dunia, Israel dilanda bimbang“..adakah ini kebetulan atau apa??

 Mukasurat: 202 – Dalam suatu riwayat dari Abu Hurairah ra juga: “Al-Mahdi ialah keturunan kami ahlul-bait akan menguasai Mesir dan Syam dalam keadaan tertutup dan panas”…Ertinya bahawa dia akan menguasai Mesir tanpa peperangan, tetapi dia akan menguasai Syam….”

Bukankah Mesir sudah ditakluk oleh Ikhwanul muslimin dan mempunyai Presiden nya yang hebat?? Bukankah Mesir ditakluki oleh Ikhwanul muslimin melalui pilihanraya dan bukannya peperangan??

Kesimpulannnya adalah banyak tanda soal dan tanda tanya  yang bermain dalam kepala kita. oelh itu anda juga dinasihatkan untuk mengkaji perihal yang berlaku supaya kita lebih bersedia.. oleh itu nantikan Slot Kiamat yang seterusnya secara bersiri..persoalan dan bukti-bukti yang lebih menarik selepas ini. nantikan kemunculannya…

wallahu’alam

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 09 Syaaban 1433H bersamaan  29 Jun 2012

1 Comment

    Trackbacks

    1. Gaddafi Di Tuduh Yahudi: KIAMAT 2 « islamic salvation

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: