Gaddafi Di Tuduh Yahudi: KIAMAT 2

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده

والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Pada slot KIAMAT 1 yang lepas, saya telah membicarakan berkenaan kemenangan Dr Mursi di Mesir kerana dalam hadith Nabi saw mengatakan bahawa Tentera Al-Mahdi akan menguasai Mesir tanpa peperangan. Untuk lanjut, baca https://hazimmohdnoh.wordpress.com/2012/06/29/ikhwan-tawan-mesir-langkah-awal-tentera-al-mahdi-kiamat-1/.

Dalam slot KIAMAT 2 ini saya bawakan pembaca ke dalam peristiwa tuduhan Muammar Gaddafi sebagai Yahudi.

Bab 9: Aktiviti-Aktiviti Imam Mahdi di Libya, Negara-Negara Maghribi Arab dan Afrika Selatan

Terdapat beberapa ayat yang menarik dalam beberapa muka surat bagi bab ini. Kita cuba lihat dan kita cuba kaitkan dengan keadaan yang berlaku sekarang ini.

Mukasurat: 236 – Di sini mestilah ada perkataan dengan khusus Muammar al – Qazafi, yang dituduh oleh Umar al  – Mahisy bahawa dia adalah Yahudi Mesratuh, dan nama sebenarnya ialah Muammar Abu Maniyar dari Maniyar Yahudi.

Buku ini ditulis oleh pengarang yang bernama Muhammad Isa Dawud dan diterbitkan buku ini pada tahun 2006 berdasarkan Hadith Nabi saw berkenaan peristiwa akhir zaman. Maka pada tahun 2011, akhbar Berita Harian yang bertarikh 10 April 2011 bahagian Berita Dunia mengeluarkan berita yang bertajuk “Penentang tuduh Gaddafi Yahudi.”

keratan akhbar 10 April 2011

Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah. Dan ingatlah bahawa apa yang Nabi Muhammad saw katakan pasti terjadi sebagaimana contoh peristiwa ketika peperangan Khandaq. Tatkala berhadapan pasukan musuh yang bersekutu dan jumlah tentera yang besar, nabi saw katakan bahawa Islam akan menawan Kota Constantinople yang pasukannya lebih mantap dan berjumlah besar. Sahabat-sahabat Nabi saw tidak mengeluh malah cuba melaksanakan apa yang disebut oleh Nabi saw. Semua yang dikatakan oleh Nabi saw akan berlaku.

Dan dalam slot KIAMAT 1 dan 2 juga telah berlaku. Oleh itu, bukan kita hanya sibuk untuk mencari pelbagai pembuktian tentang kiamat, tetapi tanya pada diri kita sama ada kita telah bersedia untuk menghadapi zaman fitnah ini ataupun tidak. Tidak ada masa lagi untuk berseronok di dunia kerana Kiamat dan ajal semakin hampir dan TIDAK pernah langsung untuk menunggu kita.

Semoga dengan pembacaan yang sedikit ini akan menimbulkan rasa dekat diri kita pada Allah. Tujulah redha Allah.

Wallahu’alam

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 19 Syaaban 1433H bersamaan  09 Julai 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: