15 Ramadhan Bukan Kiamat, Tetapi….. : KIAMAT 3

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده

والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Akhirnya kita telah sampai ke fasa Ramadhan yang kedua dan hampir pertengahan Ramadhan. Lalu saya terbaca pelbagai buku kajian mengenai peristiwa kiamat, tanda-tanda kiamat dan lain-lain lagi. Saya bawakan anda bersama-sama dalam slot KIAMAT 3.

15 Ramadhan Bukan Kiamat Tapi Muncul Petanda Besar Kiamat

Dalam buku Amargedeon 2012 yang ditulis oleh Muhammad Alexander ada bercerita mengenai asap (ad-dukhan) atau meteor yang akan menghentam bumi atau suara keras.

Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Juma’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!”, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.  

Hadith diatas menjelaskan tentang beberapa perkara penting iaitu suara keras akan berlaku dan muncul:

1. Pada malam jumaat (di wilayah Arab).

2. Tahun yang terjadi banyak gempa bumi.

Jika di wilayah arab berlaku pertengahan ramadhan pada hari Khamis malam Jumaat, maka di Malaysia akan lambat sehari iaitu di Malaysia akan berlaku malam pertengahan bulan Ramadhan adalah pada hari Jumaat malam Sabtu.

15 Ramadhan yang jatuhnya pada hari Jumaat, berlaku pada setiap 8 tahun iaitu tahun 2012, 2004, 1996, 1988, 1980.. Saya sudah cuba cari fakta ini namun tidak lagi ditemui. Sesiapa yang dapat maklumat ini maka boleh dikongsikan bersama.

Statistik Gempa Bumi 

Dikatakan juga bahawa akan berlaku peristiwa tersebut pada tahun yang banyak terjadi gempa bumi.

maka pada tahun 2012 adalah yang paling sedikit berlaku gempa bumi.

Siapakah Nu’eim bin Hammad

Para perawi tersebut ialah sebagaimana berikut ini

1. Nu’aim bin Hammad

Dia seorang perawi yang dha’if (lemah),

  • An-Nasa’i berkata tentangnya: “Dia seorang yang dha’if (lemah)” (Lihat Adh-Dhu’afa wa Al-Matrukin, karya An-Nasa’i I/101 no.589)
  • Abu Daud berkata: “Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dua puluh hadits dari Nabi shallallahu alaihi wasallam yang tidak mempunyai dasar sanad (sumber asli, pent).”
  • Imam Al-Azdi mengatakan: “Dia termasuk orang yang memalsukan hadits dalam membela As-Sunnah, dan membuat kisah-kisah palsu tentang keburukan An-Nu’man (maksudnya, Abu Hanifah, pent), yang semuanya itu adalah kedustaan”  (Lihat Mizan Al-I’tidal karya imam Adz-Dzahabi IV/267).
  • Imam Adz-Dzahabi berkata tentangnya: “Tidak boleh bagi siapa pun berhujjah dengannya, dan ia telah menyusun kitab Al-Fitan, dan menyebutkan di dalamnya keanehan-keanehan dan kemungkaran-kemungkaran” (Lihat As-Siyar A’lam An-Nubala X/609).

Kronologi Kiamat

Buku Armagedon 2012 karangan Muhammad Alexander adalah pelengkap kepada buku-buku sebelum ini iaitu tentang Yakjuj & Makjuj, dan Zulqarnain.

Kronologi kiamat, secara ringkas, mengikut penulis buku ini adalah sebagaimana berikut:
1. Munculnya Imam Mahdi;
2. Dajal mengishtiharkan diri sebagai Tuhan;
3. Terjadinya dukhan secara global;
4. Nabi Isa muncul;
5. Nabi Isa membunuh Dajal;
6. Yakjuj & Makjuj mengganas;
7. Nabi Isa melarikan diri & bersembunyi;
8. Yakjuj & Makjuj mati;
9. Nabi Isa menunaikan haji;
10. Nabi Isa meninggal dunia;
11. Muncul golongan yang menyembah Nabi Isa;
12. Keluarnya binatang melata dari bumi;
13. Matahari terbit dari barat (pintu taubat tertutup);
14. Angin lembut mencabut roh orang yang beriman;
15. Nama Allah tidak disebut lagi (hanya orang kafir sahaja yang tinggal);
16. Zina berlaku di jalanan;
17. Sangkakala pertama ditiup;
18. Kiamat, semua hancur dan mati;
19. Sangkakala kedua ditiup;
20. Semua umat manusia dihidupkan kembali; dan
21. Masuk syurga dan/atau neraka.

Kesimpulan

Ada yang mengkritik penulis ini yang menggunakan hadith palsu. Kita bukan mengkritik sahaja sebaliknya mengkaji dengan lebih mendalam perkara ini supaya kita lebih bersedia untuk menghadapi mati dan kiamat. Kiamat merupakan tanda kebesaran Allah swt. Apapun kita sebagai manusia tidak akan tahu bila berlakunya kiamat.

Sekiranya berlaku peristiwa seperti yang disebutkan diatas, maka berlakulah. Jika tidak berlaku, maka tidak berlakulah. Semuanya dalam pengetahuan Allah.  Tetapi tanda-tanda besar kiamat akan muncul juga. Dan kita sebagai hamba Allah yang beriman hanya bersedia sahaja.

Zaman ini juga merupakan kebangkitan Islam di seluruh dunia. Cuma semua umat Islam sedang menanti Imam Mahdi untuk mengetuai Islam. Sekiranya muncul Imam Mahdi dan Islam menang, maka tanda besar kiamat selepasnya pasti akan muncul. Semoga dengan sedikit penulisan ini sedikit sebanyak dapat merapatkan hubungan kita dengan Allah swt.

Wallahu’alam

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 15 Ramadhan 1433H bersamaan  03 Ogos 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: