Najib, OIC patut buat ini untuk Syria dan Rohingya!!!

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده

والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Umat Islam sudahpun berada di penghujung Ramadhan tetapi isu saudara-saudara kita yang ditindas dan dibantai di Rohingya masih tidak lagi selesai. Saudara-saudara kita di Somalia menghadapi kebuluran yang dahsyat masih lagi tidak selesai. Di Palestin masih lagi tidak selesai isu umat Islam yang ditindas.

Maka kita tanya pada diri kita sama ada kita sudah memberikan yang sepatuttnya ataupun tidak?? Tidakkah kita merasa sedih dengar penindasan ke atas umat Islam yang sewenang-wenangnya itu?? Semalam baru sahaja keluar berita yang Najib hadir ke persidangan tergempar OIC (Organization of the Islamic Conference) untuk menyelesaikan isu Rohingya dan Syria.

Baru hendak mesyuarat untuk menyelesaikan isu ini?? Bukankah saudara-saudara kita sudah lama menerima azab ini?? Harapnya hasil persidangan OIC, ada satu tindakan yang terbaik untuk selamatkan semua Umat Islam yang ditindas. Nabi Muhammad saw dan Khalifah Mu’tasim tidak membenarkan langsung Umat Islam disentuh oleh orang kafir. Sepatutnya Najib dan OIC mencontohi tindakan ini.

Perang Mu’tah

Pada suatu ketika, Rasulullah menghantar utusannya, Harith bin Umair Al-Azdi  kepada Raja Busra ketika baginda ingin menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rom.  Akhirnya dibunuh. Maka ketika ini Baginda menghantar tentera seramai 3,000 orang Tentera muslimin yang telah dikumpul dalam masa yang singkat untuk keluar berperang di Mu’tah di mana Rasulullah S.A.W tidak turut serta dalam peperangan ini untuk menghadapi tentera Rom Byzantine seramai 200,000 orang tentera. Ini semua kerana Baginda mahu menunjukkan bahawa Islam tidak boleh sewenang-wenangnya di tindas, dibantai dan dibunuh.

HANYA seorang sahaja utusan Baginda dibunuh, maka nabi hantar ribuan tentera Islam bagi membela kematian orang Islam itu. Walaupun ketika itu Rom merupakan antara kuasa besar dunia. Jika hendak dibandingkan dengan zaman ini, besarnya kerajaan Rom seperti kerajaan Amerika yang merupakan antara kuasa besar dunia zaman ini.

Apabila mendengar berita mengenai jumlah tentera musuh yang begitu ramai, maka tentera muslimin telah berbincang langkah mereka yang seterusnya di Ma’an selama dua malam. Ramai di kalangan mereka telah mencadangkan agar menghantar maklumat kepada Rasulullah S.A.W mengenai perkara ini tetapi Abdullah bin Rawahah dengan tegas bangun menyatakan :
Demi Allah! Adakah kita benci kepada sebab keluarnya kita ke sini iaitu memburu syahid. Kita bukan datang berperang semata-mata kerana bilangan, bukan kekuatan dan bukan kerana kuantiti tetapi kerana agama Islam yang telah Allah memuliakan kita dengannya. Maka maralah kamu sesungguhnya salah satu daripada 2 kebaikan akan kamu perolehi samada beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama keredhaan ALLAH s.w.t. 
Akhinya, kata-kata semangat ini berjaya meniupkan kembali roh jihad dalam diri Tentera Islam seterusnya memenangi peperangan ini. Peperangan Mu’tah ini menyebabkan syahidnya beberapa  panglima Islam. antaranya yang dijanjikan oleh Baginda untuk syahid di medan pertempuran adalah:
1. Zaid bin Harithah
2. Ja’afar bin Abi Talib
3. Abdullah bin Rawahah
Untuk cerita mengenai peperangan mu’tah boleh rujuk sumber: http://ertiketenangan.blogspot.com/2010/07/perang-mutah.html

Khalifah Mu’tasim
Pada tahun 837, al-Mu’tasim Billah menyahut seruan seorang budak muslimah yang konon berasal dari Bani Hasyim yang sedang berbelanja di pasar. yang meminta pertolongan karena diganggu dan dilecehkan oleh orang Romawi. Kainnya dikaitkan ke paku sehingga ketika berdiri, terlihatlah sebagian auratnya.Wanita itu lalu berteriak memanggil nama Khalifah Al-Mu’tashim Billah dengan lafadz yang legendaris: “waa Mu’tashimaah!” yang juga berarti “di mana kau Mutashim…tolonglah aku!”

Setelah mendapat laporan mengenai pelecehan ini, maka sang Khalifah pun menurunkan puluhan ribu pasukan untuk menyerbu kota Ammuriah (Turki).

Sebanyak 30.000 prajurit Romawi terbunuh dan 30.000 lainnya ditawan.  Pembelaan kepada muslimah ini sekaligus dimaksudkan oleh khalifah sebagai pembebasan Ammuriah dari jajahan Romawi.Setelah menduduki kota tersebut, khalifah memanggil sang pelapor untuk ditunjukkan dimana rumah wanita tersebut, saat berjumpa dengannya ia mengucapkan “Wahai saudariku, apakah aku telah memenuhi seruanmu atasku ?”. Dan sang budak wanita inipun dibebaskan oleh khalifah serta orang romawi yang melecehkannya dijadikan budak bagi wanita tersebut.

Untuk cerita mengenai Khalifah Mu’tasim boleh rujuk sumber: http://www.globalmuslim.web.id/2010/10/khalifah-al-mutashim-teladan-heroik.html
Kesimpulan

Baginda mahu menunjukkan bahawa Islam tidak boleh dipermainkan dan tidak boleh ditindas. Islam menjaga maruah. Apabila umat Islam dibantai oleh musuh Islam, maka nabi tidak teragak-agak untuk membela umat Islam.

Begitu juga Khalifah di zaman Abbasiyah, Khalifah Mu’tasim yang apabila maruah wanita muslimah cuba dijatuhkan dan dipermainkan, maka beliau tidak teragak-agak menghantar tentera untuk membela maruah umat Islam.

Tetapi hari ini, umat Islam hanya mampu melihat sahaja maruah Islam di injak musuh, dipermainkan musuh, umat Islam dibantai kerana Umat Islam seluruh dunia tidak bersatu dan pentingkan diri sendiri. 1 Malaysia juga merupakan agenda untuk memisahkan kesatuan umat Islam seluruh dunia.

Zaman Khalifah Mu’tasim menjaga maruah dan aurat wanita Islam. Tetapi kini, wanita Islam sendiri mendedahkan maruah dan aurat mereka tanpa rasa malu dan segan.

Moga Allah melindungi kita serta saudara-saudara Islam kita yang ditindas oleh musuh-musuh Islam. Islam akan menakluki dunia insyaAllah dengan pertolonganNya.. Amiinnn

Wallahu’alam

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 25 Ramadhan 1433H bersamaan  14 Ogos 2012

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: