Suami Miliki Tempat Khusus Pada Isteri

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده

والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Dalam Peperangan Uhud, terdapat beberapa peristiwa yang menarik dan sangat menyentuh hati. InsyaAllah saya kongsikan bersama sidang pembaca yang dirahmati Allah.

Sekembalinya dari medan perang Uhud, Nabi Muhammad saw bertemu dengan Hamnah binti Jahsy r.a. Beliau merupakan isteri kepada Mus’ab bin Umair r.a. Ramai tentera Islam yang gugur syahid dalam medan Uhud disebabkan ingkar pada arahan Nabi saw. Lalu Baginda bersabda,

“Berdukacitalah”

“Ke atas siapa?”, tanya Hamnah r.a.

“Ke atas bapa saudaramu, Hamzah bin Abdul Muttalib”, kata Baginda.

Lalu Hamnah r.a menjawab, “Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepadaNya lah kita kembali. Semoga Allah memberikannya Syurga dan semoga dia menerima syahid”.

Baginda bersabda lagi kepada Hamnah r.a dengan soalan yang sama,

“Berdukacitalah”, sabda Baginda sekali lagi.

Lalu ditanya kembali, “Ke atas siapa ya Rasulullah?”

“Ke atas saudara lelakimu, Abdullah bin Jashy”

Lalu jawapan yang sama juga diberikan oleh Hamnah r.a, “Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepadaNya lah kita kembali. Semoga Allah memberikannya Syurga dan semoga dia menerima syahid”.

Bersabda Baginda sekali lagi kepada Hamnah untuk kali ketiganya,

“Berdukacitalah”, sabda Baginda.

“Ke atas siapa ya Rasulullah?”, tanya Hamnah sekali lagi.

“Ke atas suamimu, Mus’ab bin Umair”, jawab Baginda.

Maka berguguranlah air mata Hamnah r.a dan beliau menangis teresak-esak. Maka sabda Nabi saw kepada Hamnah r.a,

“Sesungguhnya suami itu miliki tempat dalam hati isterinya yang tidak akan dimiliki oleh orang lain sebagai memenuhi akad nikah suaminya “

Begitulah kisah yang sangat menyentuh hati. Semoga pasangan suami isteri mendapat redha Allah. Aminn

Wallahu’alam.

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 27 Ramadhan 1433H bersamaan  16 Ogos 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: