Pemimpin Beriman Menang, Bukti Allah Sayang: PRK

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Saya mulai penulisan ini dengan firman Allah swt:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum,maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia”

(Surah Ar-Ra’d: 11)

Kata-kata ustaz Rahim Rafi’e dalam kuliah Jumaat ini sebentar tadi menyedarkan jemaah tentang sesuatu kaum yang ingkar kepada Allah, maka balasan Allah akan turun kepada semua tidak kira sama ada yang taat pada Allah atau pun tidak.

Sekiranya Allah sayangkan sesuatu kaum itu, maka Allah akan turunkan pemimpin yang telus dan adil, pentadbir yang baik, serta pemimpin yang taat kepada Allah. Dan sekiranya Allah tidak sayangkan sesuatu kaum, maka Allah akan turunkan pemimpin yang zalim, pentadbir yang jahat serta pemimpin yang tidak taat kepada Allah.

Kita tinjau sejenak dengan apa yang berlaku di Mesir yang mana apabila Allah sayangkan mereka, maka Allah turunkan pemimpin yang beriman dan taat pada Allah dan mentadbir bumi Mesir dengan keamanan. Pemimpin yang diketuai oleh pemimpin yang hafiz quran serta kakitangan kerajaan Mesir yang baru yang kebanyakannya hafiz quran.

Jika kita mahukan keamanan dengan turunnya pemimpin yang adil kerana Allah sayangkan kita maka kita perlulah mencintai dan mengikuti petunjuk Nabi saw yang termasuk dalam tuntutan mencintai Allah berdasarkan ayat berikut (maksudnya), 

“Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Surah Ali Imran, 3: 31)

Bukti kita cintakan Nabi saw adalah dengan mengikut Al-Quran dan Sunnah. Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

“Aku tinggalkan kalian untuk dua perkara, kalian tidak akan sesat selama berpegang padanya, iaitu kitabullah(Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah s.a.w.”

(Hadis riwayat Muslim)

Begitu juga Pilihanraya Kampus (PRK) yang akan berlaku dalam 25 September 2012. Jika Allah sayangkan Universiti Putra Malaysia (UPM), maka Allah akan menghantar pemimpin-pemimpin yang menang dalam PRK nanti ialah pemimpin-pemimpin yang taat pada Allah, beriman serta adil. Mereka akan mentadbir mengikut acuan Allah. Pastinya dengan Islam ummah sejagat akan selamat. Keamanan di bumi UPM akan dicapai dengan pentadbiran berpaksikan Islam.

Oleh itu, selamat mengundi buat seluruh mahasiswa. Pilihlah pemimpin yang beriman dan bertaqwa supaya dapat mentadbir dengan keamanan dan menjadikan Allah sayang pada warga UPM.

Wallahu’alam

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 27 Syawal 1433H bersamaan 14 September 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: