Putus, Tidak Keluarkan Tiket Calon: PRK

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Hari pengundian semakin hampir dan semalam telah pun disahkan calon-calon yang akan bertanding dalam Pilihanraya Kampus (PRK). Setiap calon akan diberi masa selama 5 hari untuk berkempen. Seterusnya, pada 25 September akan berlangsungnya hari pengundian.

Oleh itu, ramai yang bertanya kepada kami selaku pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) berkenaan siapakah calon dari pihak kami yang kami hantar untuk bertanding dalam Pilihanraya Kampus (PRK). Setelah kami bermesyuarat, maka kami memutuskan bebrapa perkara atas sebab-sebab tertentu bahawa:

1. Kami tidak mengeluarkan sebarang tiket calon kepada ahli ataupun pimpinan PMIUPM untuk bertanding dalam PRK bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

2. Kami tidak menyekat dan terpulang pada ahli dan pimpinan sama ada mahu bertanding ataupun tidak.

Segala keputusan adalah muktamad setelah dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi PMIUPM. Oleh itu, selamat mengundi dan undilah calon yang membawa risalah Islam, beramanah, telus dan adil. Mudah-mudahan Allah berikan kemenangan kepada ejen-ejen Allah dan Rasul untuk mentadbir UPM ke jalan yang diredhoi Allah.

Wallahu’alam

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 05 Zulkaedah 1433H bersamaan 21 September 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: