‘Anak’ Nik Aziz Calon Di Kerusi Umum UPM

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

YB Mohd Sufiyan

Saya digemparkan dengan seorang lagi rakan saya yang bertanding dalam Pilihanraya Kampus (PRK) Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau adalah Yang Berhormat Mohd Sufiyan Mohamed Nor. Beliau merupakan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2010/2011. Beliau sekarang merupakan mahasiswa Tahun Empat dari Fakulti Pertanian. Diberi nama ‘Anak’ Nik Aziz ini adalah sinonim dengan anak negeri Kelantan dibawah pentadbiran Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Semasa sesi lepas, beliau banyak membantu pentadbiran Fakulti Pertanian dari segi pembangunan sehingga selesainya isu surau Fakulti Pertanian dan isu Kafeteria di tapak Fakulti Pertanian yang baru. Perbincangan banyak dilakukan bersama Dekan Fakulti Pertanian dan sehingga membawa perbincangan lanjut di rumah Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar

Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang berkaliber dan berkarisma tinggi serta

Lawatan YB berkenaan isu Kafeteria Fakulti Pertanian

meempunyai wawasan untuk membantu dan ‘Berkhidmat Untuk Agama, Bangsa Dan Negara’. Sifat kepimpinan dan waja diri beliau akhirnya dipilih selama dua tahun memegang jawatan sebagai Presiden D’Naim (Persatuan Anak Negeri Kelantan).

 Manifesto beliau adalah:

1. Beri Kuasa Autonomi Pada Mahasiswa Untuk Jalankan Aktiviti

Sebelum ini , kebanyakannya MPP hanya meembuat kerja yang di aturkan oleh BHEP (Bahagian Hal Ehwal Pelajar). MPP seperti dikongkong dan tidak bebas. Hanya  sedikit sahaja program yang betul-betul dirancang dan dikendalikan oleh MPP.

Maka beliau mahu memperjuangkan supaya MPP dan mahasiswa kali ini boleh merancang dan melaksanakan program sendiri

Pembangunan Surau Fakulti antara isu yang diselesaikan YB

sebagai latihan untuk mahasiswa sebagai bakal pemimpin negara satu hari nanti. Beliau juga mahu 100% kuasa mahasiswa untuk melaksanakan program.

2. Mengembalikan Peranan MPP Sebagai Suara Mahasiswa

Beliau mahukan MPP memainkan peranan sebagai jambatan penghubung antara mahasiswa dan pihak pentadbiran universiti. Beliau mahu memudahkan hubungan yang selama ini tidak nampak oleh mahasiswa.

“Undi Anda

Menentukan Masa Depan Anda”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: