Calon Tua di UM, Calon Arab di UPM??

Saya mulai penulisan ini Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani buat seluruh warga kampus Universiti Putra Malaysia (UPM). Kalimah yang sesuai diucapkan sebelum kita memulakan sesuatu pekerjaan.

Di Universiti Malaya (UM), kita dihebohkan dengan isu calon tua. Enam calon Penggerak (calon tua) dibantah kerana didakwa telah melanggar tatacara dan peraturan di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya bahagian kelima di bawah fasal kelayakan calon. Berita lanjut, sila layari: http://mahasiswakini.net/content/isu-calon-tua-pro-mahasiswa-um-bawa-kes-ke-mahkamah

Semakin hangat diperkatakan tentang Pilihanraya Kampus (PRK) di mana hari pengundian yang akan berlangsung pada 25 September 2012. Dalam kehangatan PRK, kita dikejutkan dengan kehadiran seorang calon dari keturunan Arab yang
berasal dari Hadramaut dan Riyadh. Susuk tubuh kurus dan tinggi lampai serta berambut kerinting. Raut wajah yang terbaik dari kacukan ARAB.

Beliau adalah AHMAD AL-MESEIRY yang merupakan mahasiswa Fakulti Perhutanan tahun tiga. Beliau adalah calon kawasan UMUM dan mencanangkan ‘REVOLUSI MEISERY‘ bagi membawa perubahan pentadbiran menurut acuan Allah. Dengan Islam pasti semuanya selamat. Beliau juga merupakan orang yang PAKAR MASAK NASI ARAB.

Antara Manifesto beliau adalah:

1. Kurangkan Kos Gugur Kursus Bawah RM50

Sebelum ini, jika mahasiswa lewat dari menggugurkan kursus, maka dikenakan denda RM50 bagi setiap subjek. Jika ada dua subjek maka bayarannya adalah RM100. Jika 3 Subjek, maka begitulah seterusnya. Selalunya pengguguran subjek berlaku setelah mahasiswa rasa tidak mampu membawa subjek tersebut. Oleh itu setelah beberapa kali, maka hendak digugurkan subjek itu tetapi terlambat dan kena denda. Maka hasrat beliau mahu menolong mahasiswa mengurangkan kos pengguguran subjek.

2. Sediakan Perkhidmatan ATM Bank Islam

Dalam kawasan UPM, tiada langsung ATM bank Islam. Maka menyukarkan para mahasiswa yang menggunakan akaun bank Islam terutamanya yang mendapat biasiswa JPA. Paling dekat untuk mengeluarkan wang dari ATM bank Islam adalah di kawasan Putrajaya dan Bangi. Jika wang dikeluarkan melalui ATM bank lain maka akan dikenakan cas sebanyak RM1. Jika sepuluh kali keluarkan duit maka RM10 telah terbang dengan sia-sia. Dengan RM10 boleh beli macam-macam yang bermanfaat.

3. Menilai Pengangkutan Bas Ikut Kapasiti Kolej

Contoh di Kolej Serumpun merangkumi 4 buah kolej. Maka perkhidmatan Bas yang diperlukan adalah lebih banyak berbanding kolej-kolej lain.

Akhir kata,

“Undi Anda Bermakna

Undilah Dengan Bijak”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: