NC UPM Telus, 5 Wakil Mahasiswa Audit PRK

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Baru sahaja selesai mesyuarat Jawatankuasa Audit Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia 2012. Dalam soal ini, Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar bin Radin Sohadi telah melantik 5 orang wakil dari mahasiswa termasuk dari Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) sendiri sebagai pemerhati dalam Jawatankuasa Audit Pemilihan MPPUPM bagi Tahun 2012. Ini menampakkan keterbukaan NC UPM bersama pelajar.

Dalam laman sosial Facebook  NC UPM juga menyatakan bahawa beliau telah membentuk Jawatankuasa Pilihanraya dengan memilih orang yang disegani dalam jawatankuasa ini supaya dapat menjalankan pengundian dengan telus dan adil.

Jawatankuasa Induk bagi melihat keseluruhan perjalanan diketuai oleh TNC Hepa dan diwakili oleh jemaah Dekan. Jk pelaksana diketuai oleh Prof Azim sendiri, pereka sistem e undi UPM. Jk audit diketuai oleh Prof Dato Kamel Pengarah Inspem dan diwakili oleh semua terlibat termasuk wakil pelajar, JK bantahan diketuai oleh Prof Ahmad Ismail Presiden Pegawai Akademik manakala JK Rayuan diketuai oleh Prof Madya Dato Idris Abdul bersama penasihat undang undang Prof Madya Dr Rozanah.

Saya memerhatinya secara keseluruhan. Mereka ini adah orang yang amat disegani oleh semua warga kampus dari kalangan pegawai, pelajar dan masyarakat. Insya Allah dengan ini Prosidur dan perjalanan pengundian akan dilaksanakan dengan telus, teratur dan professional.  

Saya juga pernah jadi pelajar pada umur yang sama dengan idealisma yang tinggi. Itu memang hakikat seorang pelajar. Manfaatkanlah ia demi kebaikan semua.

-NC UPM-

Hubungan NC UPM bersama pelajar UPM sangat rapat. Ramai mahasiswa suka dengan kepimpinan telus dari NC UPM. Mudah-mudahan Allah berikan rahmat serta segala kebaikan kepada NC UPM. Mahasiswa impikan pentadbiran telus seperti ini. Selamat mengundi.

Wallahu’alam

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: