YB Kawasan Umum UPM Perlu Pertahan Maruah

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده

والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Selesai sudah Pilihanraya Kampus (PRK) yang berlangsung pada 25 September lalu. Wakil-wakil kerusi Umum dan Fakulti    sudah dipilih oleh mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada seluruh mahasiswa yang mengundi. Tahniah juga diucapkan kepada Yang Berhormat (YB) kawasan Umum dan Fakulti UPM. Mudah-mudahan kalian dapat memerintah menurut acuan yang Allah sediakan.

1 Oktober merupakan tarikh Pengistiharan YB UPM dan selepas ini akan dibentuk ‘board‘ pimpinan. Oleh itu, ada beberapa perkara yang saya hendak utarakan:

1. ‘Top Board’ Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang akan dibentuk pada tahun ini mestilah daripada YB kawasan Umum UPM.

2. Hal ini kerana YB kawasan Umum merupakan Ahli Parlimen (MP) UPM manakala YB kawasan Fakulti pula merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UPM.

3. Pemilihan bagi YB kawasan Umum adalah undian daripada seluruh mahasiswa UPM iaitu sehingga ada undian yang mencecah  angka 9 ribu lebih  manakala pemilihan bagi YB kawasan Fakulti adalah  undian daripada  mahasiswa Fakulti masing-masing dan angka undian Fakulti adalah ratusan disebabkan dipilih dari kawasan Fakulti sahaja.

4. Maka dengan itu, peranan YB kawasan Umum adalah mewakili suara mahasiswa UPM dan peranan YB kawasan Fakulti pula adalah mewakili suara mahasiswa Fakulti masing-masing.

5. Bagi mengembalikan fungsi dan peranan setiap YB MPPUPM adalah seperti yang saya nyatakan diatas iaitu YB kawasan Umum akan memegang ‘Top Board’ MPP yang akan ‘counter’ isu kebajikan mahasiswa UPM dan nasional (masalah besar yang tidak berkait dengan fakulti) manakala YB kawasan Fakulti akan memegang amanah untuk ‘counter’ isu kebajikan dan berkaitan Fakulti sahaja.

6. Ini perlu dilaksanakan kerana itu merupakan amanah yang perlu dipikul atas tiket kawasan yang ditandingi dan juga merupakan  hak pengundi yang mengundi YB mereka untuk menjaga kawasan masing-masing. 

7. Hal ini juga kerana saya mahu mengelakkan mahasiswa mengatakan, MPP tidak buat kerja seperti yang berlaku tahun-tahun sebelum ini.

8. Maka, YB kawasan Umum pertahankan hak dan maruah anda dan anda sebagai pengundi jangan nafikan hak anda yang anda memilih wakil untuk menjaga anda di kawasan anda terutama kawasan fakulti.

Semoga “maruah YB MPPUPM dapat dipertahan dan hak pengundi tidak dinafikan”.

Sekian.

Wallahu’alam

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 17 Zulkaedah 1433H bersamaan  03 Oktober 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: