WAJIB Keluarkan Kereta Had Halaju 40km/j: AES

Berkenaan AES (Automated Enforcement System), majoriti mendapat rungutan daripada rakyat. Berikut adalahBancian dan Undian dari Rakyat Malaysia sendiri berkaitan dengan kamera AES yang akan diletakkan di 813 kawasan seluruh malaysia melalui laman facebook  Pakatan Rakyat Supporters.

2,345 orang tidak bersetuju dengan sistem Kamera AES
66 orang bersetuju dengan sistem AES..

buat perbandingan di sini adalah seperti berikut..
2,345 + 66 = 2411 orang yang mengundi secara rawak.

2,411 / 100 = 1% mewakili 24 orang,

tidak bersetuju mewakili 97.5% 
berbanding yang bersetuju hanya 2.5% sahaja.

Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa yang undi itu hanya dari penyokong Pakatan Rakyat kerana undian dibuat dari laman facebook Pakatan Rakyat Supporters. Tetapi itu terpulang pada pihak kerajaan untuk menilai.

Kenyataan dibawah dipetik dari Portal Rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Pada 2010, misalnya kematian di jalan raya berjumlah 6,872 orang dan daripada jumlah itu, kematian pengangkutan awam melibatkan bas hanya 77 orang iaitu lebih kurang 1.1 peratus (%) berbanding kereta 20.7% (1,421 orang) dan yang paling tertinggi sekali adalah penunggang dan pembonceng motosikal iaitu 4,036 kematian atau lebih kurang 58.7%. Oleh itu penggunaan kenderaan awam boleh menjamin keselamatan yang lebih secara perbandingan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, penunggang dan pembonceng motosikal kekal sebagai penyumbang terbesar statistik terbabit.

Tetapi kenderaan selain motorsikal menjadi mangsa saman. Had laju juga seperti di lebuhraya juga adalah sangat pelik dan aneh kerana  80 km/j sahaja sedangkan terdapat banyak lane. Dan banyak juga bukti yang kemalangan bukannya banyak berlaku di lebuhraya tetapi jalan biasa. AES pula dipasang banyak di lebuhraya. Keratan akhbar di bawah pula menceritakan kemalangan yang berlaku di jalan biasa.

Berikutan isu AES ini, pihak kerajaan:

1. WAJIB menghasilkan produk kereta yang hanya boleh dipandu sehingga 40 km/j SAHAJA.

2. WAJIB sekat kereta import yang boleh dipandu melebihi 40 km/j masuk ke Malaysia.

3. MengHARAMkan pembelian kereta yang boleh dipandu lebih daripada 40 km/j.

Di berita TV3,
Menteri Pengangkutan mencabar rakyat agar tidak melakukan kesalahan jalan raya supaya syarikat yang memasang dan mengendalikan kamera AES tidak mendapat untung.
Saya yakin langkah yang dinyatakan di atas lebih mendidik rakyat daripada memasang AES yang menelan belanja yang sangat banyak. Terima kasih Kerajaan yang memahami rakyat =)

Sekian.

Wallahu’alam

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 19 Zulhijjah 1433H bersamaan  04 November 2012

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: