GAMIS: Tsunami Baru Gerakan Mahasiswa

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده

والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Selesai sudah Muktamar Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) yang mempamerkan barisan kepimpinan yang jitu dan mantap. Muktamar dihadiri oleh 4 0rang perwakilan setiap kampus di seluruh Malaysia dan turut juga dihadiri wakil  Haluan-Siswa,Pkpim dan Karisma.

Saudara Azan Safar selaku Presiden GAMIS mahukan Tsunami Gerakan Mahasiswa Islam terutama ahli GAMIS dengan membuat perubahan drastik bagi mempamerkan wajah baru GAMIS bagi mendepani pasca PRU-13.

“Cabaran buat mahasiswa ialah memimpin massa dalam menghadapi perubahan, dan PRU-13 merupakan salah satu medan untuk perubahan”
“Sekiranya ahli Gamis mahukan Gamis berwajah baru, maka ahli Gamis juga mesti berubah menjadi baru, baik dari segi pemikiran dan juga sahsiah” tegas Muhamad Azan Safar.
Antara ucapan beliau yang menarik lagi adalah tidak mahukan ahli GAMIS berfikiran jumud  dalam era perubahan ini dan tidak mahukan ahli yang hanya menjadi follower membabi buta tanpa berintima’ dengan kefahaman yang jitu. Ahli GAMIS tidak perlu mengikut sesiapa tetapi ada ideologi sendiri dan bukan dikongkong oleh mana-mana pihak yang berkepentingan terutama yang suka menjadi pengikut setia generasi terdahulu.
“Saya mencabar kalian supaya berani mencabar kelaziman. Kita bukan ahli gerakan yang pengikut setia tradisi generasi dahulu!”, tegas Presiden GAMIS

Tahniah diucapkan kepada Saudara Muhamad Azan Safar, Presiden GAMIS dan seluruh kepimpinan di bawahnya. Semoga kepimpinan kali ini membawa TSUNAMI baru GAMIS buat Malaysia.

Presiden : Muhamad Azan Safar (UKM)
Timbalan Presiden : Mohd Eikhwan Bin M.Ali (UIA)
Pengerusi SIGMA : Aqilah Mukhtar (UPM)
Timbalan Pengerusi SIGMA : Nur Adiela Kamarizzaman (UIA)
Naib Presiden (Strategik & Mobilasi Massa) : Syis Abd Kadir (UM)
Naib Presiden (Jaringan Kampus) : Mohd Faiz Ismail (UPSI)
Setiausaha : M.Farid Hadhari M.Rusdi (USIM)
Timbalan setiausaha 1 : Adilah Hafizah Abd Halim (UPSI)
Timbalan setiausaha 2 : Hamiza Hani Omar (UKM)
Bendahari : M.Nazrin Bin M.Zohir (KUIS)
Timbalan Bendahari : Nur Liyana Omar (UKM)
Ketua Penerangan : Mohd Khairul Izzaz B. Ismail (UIA)
Timbalan Penerangan : Siti Rabiatul Adawiyah (UM)
Majlis Politik Nasional : Ahmad Afif Zulkipli (UKM)
Timbalan Majlis Politik Nasional : Sofwatul Aufa Bakri (UM)
Majlis Dakwah dan Kebajikan : Mohd Syakirin Bin Md Zahar (UPM)
Timbalan Majlis Dakwah dan Kebajikan : Atikah Abd.Rahman (UIA)
Majlis Tarbiyah dan Kepimpinan Nasional : Muhd Afdzal Shahabuddin (USIM)
Timbalan Majlis Tarbiyah dan kepimpinan Nasional : Siti Fatimah Rosli (UM)

Sekian.

Wallahu’alam

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 20 Zulhijjah 1433H bersamaan  05 November 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: