Doa Kehancuran Pada Yang Menzalimi, Biarpun Ahli Jemaah

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده

والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Baru-baru ini kecoh dengan isu ‘Doa Kehancuran Sesama Islam’. Maka sempat saya mendengar kupasan Ustaz Azhar Ali lepasan pelajar Mesir dalam khutbahnya baru-baru ini yang penuh dengan dalil serta sirah berkenaan ‘Doa doaKehancuran’ serta kupasan yang menarik dari Ustaz Johari Wahab (lepasan Pakistan dalam bidang Hadith) dalam kuliah Zohornya yang lebih terperinci.

Maka di sini saya kongsikan bersama pembaca sekalian. Hadith ini diriwayatkan oleh sahabat nabi, Jabir ra.

Di zaman Pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab ra, Saad bin Abi Waqas telah dilantik sebagai Gabenor di Kuffah. Beliau merupakan antara 10 sahabat nabi yang dijamin syurga. Beliau memeluk Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

Beliau juga merupakan antara sahabt nabi yang apabila berdoa maka akan dimakbulkan oleh Allah seperti Uwais Al-Qarni. Dua nama ini disebut oleh nabi. Nabi berpesan kepada Saad bin Abi Waqas supaya menjaga makan minumnya dari yang halal maka apabila diangkat tangan untuk berdoa akan dimakbulkan.

Maka pada suatu hari, Khalifah menerima sepucuk surat yang menceritakan tentang aib Saad bin Abi Waqas. Lantas Umar terus memecat Saad bin Abi Waqas. Maka Saad bertemu Umar dan menyatakan bahawa:mustajab

“Aku solat kepada mereka sebagaimana aku solat dibelakang nabi. Tidak aku tambah ataupun menguranginya walau sedikit pun.”

Maka kata Umar,

“Begitulah juga anggapan aku (Umar) pada kamu wahai Saad”

Ini menunjukkan bahawa manusia pasti akan ada silapnya. Sepatutnya Umar melakukan penyisatannya terlebih dahulu sebelum melakukan keputusan. Lantas Umar menghantar utusannya untuk membuat penyiasatan di seluruh masjid di Kuffah. Hasil penyiasatan itu, semua jemaah masjid memuji Gabenor yang dihantar oleh Umar.

Di jemaah Masjid Bni ‘Asim juga memuji Gabenor yang dihantar Umar kecuali seorang jemaah yang bernama Usmah bin Qatadah. Dia mengatakan yang buruk mengenai Gabenor, Saad bin Abi Waqas iaitu:

1. Pandai bercakap tetapi tidak melaksanakan – ketika seruan jihad dikeluarkan, Saad tidak keluar berjihad dan berada di Kuffah.

2. Mengambil ghanimah dan fai tetapi tidak mengagihkannya dengan betul.

3. Menjatuhkan hukuman dengan berat sebelah.

Maka sampailah berita itu kepada Umar. Lalu Umar memanggil Saad dan menceritakan tentang hal itu. Ini sangat memalukan Saad sebagai Gabenor yang mentaati Allah dan Rasul dipecat dari jawatannya. Beliau difitnah dan digulingkan dari jawatannya. Maka beliau berkata, beliau akan berdoa dengan tiga perkara:

Ya Allah, sekiranya hambaMu ini, Usamah bin Qatadah melakukan fitnah kepadaku maka:

1. Panjangkanlah umurnya.

2. Di waktu penghabisan umurnya merempat dan fakir.

3. Hidupkannya dalam keadaan maksiat.

doa tanganSemua yang mendengar doa itu tidak membantah termasuk Umar ra.

Maka pada suatu hari, dilihatnya seorang yang sangat tua usianya yang hidup dalam kefakiran berjalan di pasar. Maka apabila dilihatnya gadis-gadis, dicabulinya tanpa perasaan belas kasihan. Lalu ditanya pada orang tua itu mengapakah masih dilakukan hal sebegini?? sedangkan di waktu usia sebegini sepatutnya dihabiskan masa untuk beribadah. Maka dijawab oleh orang tua itu,

“Akulah Usamah bin Qatadah yang terkena doa Saad bin Abi Waqas”

Dipetik dari hadith Riwayat Muslim.

Beberapa pelajaran yang boleh diambil:

1. Jika hendak mendoakan kehancuran pada orang kafir, maka hendaklah berdoa secara keseluruhan sebagaimana nabi mendoakan kehancuran kepada kaum kafir Quraisy.

2. Jika hendak mendoakan kehancuran pada orang Islam yang menzalimi kita, hendaklah specific (disebutkan namanya) sebagaimana Saad bin Abi Waqas berdoa.

3. Jika anda dizalimi maka dibolehkan berdoa supaya yang menzalimi diberi petunjuk dan hidayah sebagaimana doa nabi ketika dibaling batu di Thaif.

4. Jika anda dizalimi maka dibolehkan berdoa supaya yang menzalimi diberi kehancuran sebagaimana doa Saad bin Abi Waqas dengan syarat ada perkataan ‘sekiranya’ di permulaan doa.

5. Jika anda seorang PIMPINAN yang baik, maka anda difitnah, dizalimi dan digulingkan, maka berdoalah kepada Allah sebagaimana Saad berdoa.

Maka takutlah wahai orang yang berbuat zalim kerana doa orang yang dizalimi tiada hijab kepada Allah.

Wallahu’alam.

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 21 Muharram 1434H bersamaan  05 Disember 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: