Tahniah: FASSA Perintis Demokrasi Bersih UPM

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده

والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

664342_3746853639253_1355556697_oSaya mewakili barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) mengucapkan tahniah kepada FASSA (Faculty of Science Student’s Association) yang di ketuai oleh Presidennya, Haslam Talib kerana telah berjaya membawa satu perubahan baru buat FASSA iaitu dengan mengadakan undian ‘pangkah calon’ yang seakan-akan mirip prosedur asas Pilihanraya Umum (PRU) bagi pemilihan calon Perwakilan Jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sessi 2012/2013. Undian berlangsung pada:

Tarikh  : 17-19 Disember 2012 (Isnin bermula 2.00 petang, Selasa 8-5, Rabu 8-5)
Masa     : 8.00 pagi-5.00 petang
Tempat: Pejabat Akademik Fakulti Sains

621904_3742996942838_1398495560_oSebelum ini majoriti persatuan yang berdaftar di UPM hanya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kelab atau persatuan masing-masing dengan cara undian ‘angkat tangan’ ataupun lantikan terus dari pihak atasan. Maka ini tidak memberi peluang bakal pimpinan untuk berkempen bagi diri mereka. Sedangkan, masa kempen itulah masa yang paling penting bagi calon untuk menunjukkan potensi mereka yang mereka ini boleh memimpin.

Undian ‘pangkah calon’ ini berjaya mendidik mahasiswa untuk lebih peka dalam memilih pimpinan yang bertanggungjawab terutamanya bagi memilih pimpinan negara yang akan berlaku bila-bila masa sahaja. Amalan ini patut dicontohi oleh semua persatuan yang berdaftar di UPM dan sepatutnya politik bersih ini dijadikan budaya di UPM supaya dapat melahirkan pemimpin yang berkualiti, adil dan berkarisma. Dengan cara ini mereka boleh berkempen dengan bersih dan adil serta mengeluarkan segala potensi bagi meraih undi. Bukan kempen bagi menjatuhkan pesaing-pesaing yang lain.

Semoga demokrasi bersih ini dapat dijadikan teras budaya di UPM serta dapat melahirkan pemimpin yang berkualiti dan adil. Semoga dapat menjalankan amanah bagi pimpinan yang akan menerajui FASSA selepas ini.

Wallahu’alam.

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 06 Safar 1434H bersamaan  19 Disember 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: