Pangkah Calon Pucuk Pimpinan: AGM PMIUPM

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده

والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

AGM kedua sedang berlangsung sesi 12/13

AGM kedua sedang berlangsung sesi 12/13

Beberapa persatuan dan kelab telah menjalani pemilihan pucuk pimpinan bagi menerajui kepimpinan yang seterusnya. Sudah pastinya kepimpinan yang lama terasa bagai tidak cukup baginya untuk menjadikan zamannya cemerlang dan gemilang. Tetapi perlu muhasabah yang mana satu-satu kepimpinan tidak akan terus hebat jika tidak bermula dari kepimpinan lama yang hebat. Maka menjelang tahun depan kita akan lihat pertukaran pucuk pimpinan bagi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM).

Ada yang bersetuju dengan sistem syura yang sedia ada, iaitu memberi autoriti kepada alumni atau bekas pemimpin dan ahli PMIUPM sendiri menentukan ‘waris’ kepemimpinan mereka dengan mendapat ‘lampu hijau’ dari ahli majlis syura.

Ada juga yang bersetuju dengan sistem syura yang lebih demokratik, iaitu setiap ahli PMIUPM yang berdaftar diberi hak untuk menentukan setiap kepemimpinan mereka melalui proses pilihan raya. Maka timbullah cara untuk memilih pimpinan mengikut cara begini dan begitu.

ucapan penangguhan AGM sesi 12/13

ucapan penangguhan AGM sesi 12/13

Ini lah juga yang berlaku di zaman sahabat-sahabat nabi sehingga jenazah Baginda Nabi Muhammad saw terpaksa dilambatkan urusan jenazahnya sehingga urusan melantik pemimpin umat Islam selesai.

Sebenarnya tidak ada nas yang sahih lagi soreh melarang pendemokrasian syura dengan membenarkan setiap ahli menentukan kepemimpinan mereka.

Maka, pemilihan pucuk pimpinan mestilah berlandaskan beberapa syarat utama:

1. Mengikut apa yang Allah gariskan dan meninggalkan apa sahaja yang Allah larang.

2. Mengikut apa yang disampaikan oleh Rasulullah.

3. Mengikut sistem yang adil.

4. Menyempurnakan hak pemilihan pada semua ahli.

Maka dengan itu kita soroti cara pemilihan sahabat nabi terutamanya pemilihan pucuk pimpinan khalifah umat Islam. Kaedah pemilihan khalifah dapat dibahagikan kepada empat.

Khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Yang pertama melalui musyawarah atau syura. Cara ini berlaku sewaktu perlantikan Saidina Abu Bakar. Pada waktu itu, golongan Ansar daripada Bani Saadah di Saqifah hampir melantik khalifah daripada kalangan mereka. Atas cadangan Saidina Umar dan dengan atas persetujuan orang ramai, akhirnya Saidina Abu Bakar telah dilantik menjadi khalifah.

Khalifah Saidina Umar bin Al-Khattab
Kaedah kedua adalah dengan cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu seperti perlantikan Saidina Umar. Nama beliau telah diusulkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya.

Khalifah Saidina Uthman bin ‘Affan
Kaedah ketiga adalah melalui pemilihan daripada beberapa orang calon seperti perlantikan Saidina Uthman. Sejumlah enam nama telah diusulkan dan Saidina Uthman akhirnya telah terpilih.

Khalifah Saidina Ali bin Abi Thalib
Kaedah keempat ialah pencalonan oleh sekelompok masyarakat seperti pencalonan Saidina Ali. Walaubagaimanapun, agmkesemua kaedah ini melalui proses syura atau musyawarah di kalangan umat Islam dan diperkukuh dengan upacara angkat sumpah atau lafaz taat setia atau baiah semasa calon itu dilantik sebagai khalifah.

Mereka adalah antara 10 sahabat-sahabat nabi yang dijamin masuk syurga tidak menggunakan hanya satu-satu kaedah sahaja secara tetap tetapi berubah-ubah pada setiap zaman kepimpinan.

Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa PMIUPM akan membuat pilihanraya dengan pangkah calon menggunakan kertas undi bagi memilih pucuk pimpinan PMIUPM. Kita akan pastikan pilihanraya akan dijalankan dalam keadaan yang telus dan adil.

Sebelum-sebelum ini hanya menggunakan sistem syura yang tidak memberi kebebasan kepada ahli untuk memilih pucuk pimpinan secara bersama. Sedangkan syura itu sendiri bermaksud mesyuarat. Maka perlulah bersama-sama ahli membuat pemilihan bersama. Keputusan yang besar seperti pemilihan pucuk pimpinan persatuan dan dasar persatuan mestilah melibatkan mesyuarat bersama ahli.

Mudah-mudahan dengan menjalankan proses pilihanraya ini dapat:

1. Mendidik mahasiswa supaya rasa bertanggungjawab untuk mimilih pimpinan memandangkan pilihanraya umum semakin hampir.

2. Memberikan hak kepada semua ahli persatuan untuk memilih siapakah pemimpin yang layak untuk menerajui mereka.

Wallahu’alam.

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 13 Safar 1434H bersamaan  26 Disember 2012

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: