Countdown Kematian Sebelum Countdown 2013

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده

والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Menjelang tahun 2013, pelbagai NGO (Non-Government Organisation), persatuan-persatuan, individu-individu serta masjid-masjid dan surau membuat program bagi menyambut Tahun baru 2013. Ada yang membuat program yang mendekatkan masyarakat kepada Tuhan Pencipta Rabbul Jalil. Ada pula yang membuat program yang menjauhkan masyarakat daripada Allah.

Ramai juga yang suka Countdown 2013Maka disebabkan ramai yang suka countdown 2013 dan membuat program yang menjauhkan masyarakat daripada Allah, saya syorkan Countdown Kematian kita dahulu.

Cuba kita bayangkan sekiranya sedang kita Countdown 2013, lantas terus sahaja arahan Allah, sepantas kilat malaikat mencabut nyawa kita menurut tanpa bantah. Maka saat itu tiada pengampunan lagi dari Allah dan tidak boleh lagi untuk kita berpatah balik ke dunia bagi mengumpul amalan. Saat itu juga kita akan terasa sangat terkejut kerana tidak disangka-sangka kita akan berpindah ke alam yang kekal abadi.

Situasi ketika itu akan memaksa kita untuk countdown  segala amalan kita di dunia. Semestinya kita akan rasa menyesal kerana sangat tidak cukup amalan kita semasa di dunia. Orang yang banyak beramal pun merasa rugi kerana mereka mahukan darjat yang lebih tinggi lagi di sisi Allah.

Seluruh kehidupan kita akan terbayang-bayang di kepala kita. Rasa sungguh menyesal di kala itu pun tidak berguna lagi. Hanya menantikan hukuman dari Allah yang akan dikenakan ke atas setiap apa yang kita lakukan di muka bumi.

Muhasabah untuk kita semua supaya countdown kematian anda sebelum anda melakukan sesuatu tanpa ingat pada Allah. Selalulah ingat MATI kerana anda akan menjadi ‘cerdik’ apabila mengingati mati. 

Sama-samalah memeriahkan Countdown 2013 anda pada tahun ini dengan Program yang mendekatkan diri kepada Allah seperti di Shah Alam anjuran Kerajaan Selangor, Karnival Mahabbah di Masjid As-Syakirin KLCC anjuran IKIM.FM,  ORKED di Dataran Merdeka anjuran GAMIS dan banyak lagi mudah-mudahan kita mati dalam keadaan yang sedang kita lakukan amal kepada Allah.

Wallahu’alam.

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 18 Safar 1434H bersamaan  31 Disember 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: