Tahniah Buat NC Baru UPM: PMIUPM

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده

والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Dengan memanjatkan syukur pada Allah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan telah dipilih sebagai naib canselor yang baru berkuatkuasa 1 Januari.

Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan

Dr Radin dilantik sebagai naib canselor UPM pada 1 Januari 2011 bagi tempoh tiga tahun.

Perkhidmatan beliau sepatutnya berakhir pada 31 Disember 2013 tetapi mengambil keputusan untuk memendekkannya kerana masalah kesihatan yang dihadapinya sejak setahun yang lalu.

Dr Radin sebelum ini adalah ketua pengarah Jabatan Pengajian Tinggi dan juga ketua pengarah Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Beliau berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan Keselamatan Trafik dari Birmingham University, United Kingdom.

Sementara itu, mStar Online difahamkan majlis penyerahan tugas kepada Prof Dr Mohd Fauzi, 52, akan berlangsung pada jam 3 petang Jumaat di Dewan Taklimat, Bangunan Pentadbiran UPM.

Prof Dr Mohd Fauzi dilantik sebagai timbalan naib canselor UPM pada 16 Mei 2010.

Selain menguruskan hal ehwal pelajar, beliau juga turut bertanggungjawab ke atas Pusat Kokurikulum, Pusat Sukan, Pusat Alumni, Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) dan kolej-kolej kediaman.

Sebelum dilantik sebagai timbalan naib canselor UPM, beliau adalah pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi.

Dr Mohd Fauzi adalah seorang berkelulusan doktor falsafah dari University of York, United Kingdom.

Sumber: mstar.com.my

Kami barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) mengucapkan semoga kepimpinan NC baru UPM dapat melaksanakan pentadbiran mengikut acuan Allah yang Allah sediakan buat pemimpin.

“Sibghah (acuan) Allah, dan siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? Hanya kepada-Nya, kami menyembah.”

Al-Baqarah:138

Kami tujukan pidato Khalifah Abu Bakar As Siddiq khas buat Prof Dr Fauzi Ramlan:

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat.

“Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku”

Semoga pesanan ini bermanfaat buat kepimpinan Datuk NC baru UPM. Dengan aplikasikan Islam dalam urusan pentadbiran dan urusan harian, InsyaAllah semuanya akan baik kerana Allah Knows the Best!!

Wallahu’alam.

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 21 Safar 1434H bersamaan  04 Januari 2013

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: