Ribut 8 Januari Juga Bertasbih Kerana Patuh Arahan Allah

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده

والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Penulisan di media-media semakin kencang dengan ramalan-ramalan dari Jabatan Meteorologi sekencang ribut Taufan juga. Sibuk dengan menyiarkan berita sehingga kita lupa semua yang berlaku adalah kerana makhluk Allah bertasbih kepada Penciptanya. Firman Allah dalam Al-Quran:

“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Surah Al Hadid : Ayat 1

Semua makhluk Allah di muka bumi ini semuanya bertasbih memuji Allah. Antara zikir makhluk Allah yang lain adalah seperti:

1. Ombak yang menghempas pantai

2. Planet-planet mengelilingi sistem suria

3. Deruan air sungai yang mengalir

4. Kicauan burung serta siulannya

5. Bunyi unggas-unggas di hutan

6. Sel-sel darah dalam badan manusia

7. Pergerakan atom dalam pen

Semua ini berzikir dan bertasbih pada Allah. Sel-sel dalam badan manusia, rambut, kaki tangan, tisu dan organ semua juga BERTASBIH memuji Allah sehinggakan kita hidup  sekarang ini kerana mereka patuh pada arahan Allah!! sama juga seperti jantung kita yang terus-menerus memuji Allah dengan mengepam darah sampai kita boleh hidup!!

Malangnya manusia lalai dari mengingati Allah kerana manusia memang pelupa. Manusia tidak tahu bahasa makhluk Allah yang berzikir. Atom, sel dan tisu dalam badan manusia serta makhluk yang lain berzikir mengikut cara mereka tanpa dapat dikesan oleh mata kasar serta pendengaran manusia zikir mereka yang sangat halus getaran atomnya.  Andaikan manusia mendengar makhluk Allah berzikir, maka akan insaflah manusia itu dan takut pada Allah.

Maka Taufan yang dijangka melanda bermula petang ini sehingga Jumaat juga makhluk Allah dan mereka bertasbih dan patuh pada arahan Allah untuk melaksanakan apa yang diperintahkan kepadanya. Begitu juga guruh dan petir. Firman Allah:

“Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.” 

Surah Ar Ra’d : Ayat 13

Maka berdoalah mudah-mudahan kita di selamatkan dari bencana alam dan semoga kita ditingkatkan iman dan selalu memuji kebesaran Allah. Maka bacalah doa sebagaimana Menteri Besar Kelantan, YAB. Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat pesan kepada rakyatnya:

اللهم حوالَيْنَا ولا علينا، اللهم غَيْثًا مُغِيثًا، لَا مُهْلِكًا وَلَامُدَمِّرًا

Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah angin sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan…

Jabatan Meterologi Malaysia (MMD) dalam laman webnya mengeluarkan amaran bahawa:

“Angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

Situasi ini dijangka berlaku pada 8 Januari, mulai jam dua petang dan berterusan sehingga Jumaat.”

Wallahu’alam.

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 25 Safar 1434H bersamaan  08 Januari 2013

1 Comment

  1. Naza

    Semasa saya kecil, ustaz selalu mengingatkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan sentiasa berstasbih kepada Allah swh. Dia kata cuma kita tidak tahu akan cara mereka bertasbih. Kemudian pada masa sekarang sering kala saya membaca surah-surah di Juz 27 & 28, ianya akan menyebut apa yang berada di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah swh. Saya sering mencari jawapannya. Baru-baru ini saya teringat kepada keterangan yang diberi oleh ahli Fizik Michio Kaku dari Amerika Syarikat tentang “String Theory”. Theory itu sekarang sudah dirumuskan sebagai M Theory. Dia berkata bahawa setiap Proton di dalam setiap atom mengandungi tali-tali atau selaput-selaput yang sentiasa bergetar. Ianya tidak ubah seperti petikan talian guitar. Cara mereka bergetar akan menentukan ciri-ciri setiap objek atau jenis struktur bahan yang kita lihat. Mahasuci Allah, selepas saya sedar mereka sebenarnya memuji Allah swh. Jadi kalau sebelum ini saya anggap hanya haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang memuji Allah swh, tapi sekarang saya tahu bahawa setiap benda melakukan perkara yang sama. Mengalir air mata saya memikirkan kebesaran Allah swh yang tiada tolok bandingnya. Bayang jika setiap selaput kalau nak dibandingkan dengan proton, ibarat saiz sehelai daun rumput dengan saiz bumi. Subhanallah. Semoga hal ini membantu saudara-saudara supaya sentiasa mengingati Allah walaupun hanya menghirup udara kerana kita tahu setiap atom-atom dalam udara itu mengandungi selaput-selaput yang tidak terikira banyaknya yang sentiasa memuji Allah swh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: