Sunnah Nabi Sepanjang Hari Dilupakan: Perutusan 12 Rabi’ul Awal

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Ada yang mengatakan 12 Rabi’ul Awal adalah tahun kelahiran nabi. Ada pula yang katakan tidak. Tetapi bagi saya setiap saat kita mesti mengingati Allah swt serta mengamalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad saw. Sebagaimana firman Allah dalam al-quran:

“Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati-hati menjadi tenang tenteram.”
(Surah Al-Ra’du: Ayat 28)

Nabi tinggalkan kita Al-quran dan sunnah supaya kita ikut:

 “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya”. (riwayat Malik)

Ramai yang meninggalkan sunnah Nabi Muhammad saw. Quran pun masih ramai lagi yang tidak tahu baca. Sedangkan Baginda sudah menjamin kita tidak akan sesat selagi mana berpegang pada quran dan sunnahnya. Kita lihat sedikit demi sedikit tentang sunnah Baginda sepanjang hari kerana sering sahaja dilupakan.

Yang hanya selalu kita buat adalah SENYUM dan SEDEKAH. Itupun kadang-kadang kita teringat baru kita buat. Kebanyakan sunnah yang lain dilupakan begitu sahaja. RAMAI yang tidak nampak sunnah nabi sepanjang hari. Bermula dari pagi sehingga malam, dan pagi semula. Antaranya:

1. Bangun pagi baca doa

2. Mandi dengan pakai kain basahan

3. Masuk bilik air dengan tutup kepala

4. Masuk bilik air pakai selipar

5. Masuk bilik air tutup kepala

6. Setiap permulaan langkah dimulakan dengan langkah kanan

7. Bersiwak atau gosok gigi sebelum solat

8. Pakai wangi-wangian sebelum solat

9. Solat berjemaah dengan cara nabi

10. Beristinjak dengan cara nabi

11. Bukan setakat pakai jubah dengan serban sahaja ikut sunnah nabi, tetaapi pakaian yang menutup aurat juga adalah sunnah nabi

12. Bekerja niat kerana Allah

13. Tidur mengiring ke kanan

14. Mulakan setiap pekerjaan kita kerana Allah

15. Berbuat baik sesama manusia

16. Kebersihan

17. Belajar atau menuntut ilmu

18. Mengajar ilmu atau guru

19. Pemimpin yang adil

20. Ayah yang baik

Banyak lagi sehingga tidak tersenarai. Jika kita mengharapkan pertemuan dengan Allah maka lakukanlah amal soleh (sunnha nabi) seperti diatas dan jangan mempersekutukanNya.

“Barang siapa mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan amalan soleh dan janganlah dia mempersekutukan ( syirik ) Tuhannya dalam beribadat kepadaNya “.

(Surah Al-Kahfi: 110)

Dalam tafsir Ibnu Kathir menerangkan syarat menjadi amal soleh itu, maka semua amalan perlu diniatkan ikhlas kerana Allah dan ikut sunnah nabi (ittiba’) maka dapat pahala dan amalan soleh (sunnah nabi) akan diterima serta akan dapat bertemu Allah di hari akhirat.

Mudah-mudahan kita sentiasa mengingati sunnah-sunnah nabi sepanjang hari dan mengamalkannya supaya cita-cita kita untuk bertemu dengan Allah dan Nabi Muhammad saw di akhirat akan dimakbulkan.

Wallahu’alam.

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 12 Rabi’ul Awal 1434H bersamaan  24 Januari 2013

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: