MT Setuju Pilihanraya Pucuk Pimpinan: AGM PMIUPM

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده

والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Sebelum ini saya pernah mengisytiharkan untuk mengadakan pemilihan pucuk pimpinan dengan memangkah calon di kertas undi. Dalam kenyataan saya sebelum ini, saya menyatakan bahawa:

Sebelum-sebelum ini PMIUPM hanya menggunakan sistem syura yang tidak memberi kebebasan kepada ahli untuk memilih pucuk pimpinan secara bersama. Sedangkan syura itu sendiri bermaksud mesyuarat. Maka perlulah bersama-sama ahli membuat pemilihan bersama. Keputusan yang besar seperti pemilihan pucuk pimpinan persatuan dan dasar persatuan mestilah melibatkan mesyuarat bersama ahli.

Diperingkat saya selaku Presiden PMIUPM mengharapkan supaya pilihanraya ini dapat:

1. Mendidik mahasiswa supaya rasa bertanggungjawab untuk mimilih pimpinan memandangkan pilihanraya umum semakin hampir.

2. Memberikan hak kepada semua ahli persatuan untuk memilih siapakah pemimpin yang layak untuk menerajui mereka.

Metod Pilihanraya ini saya bersandarkan kepada sirah sahabat Baginda Nabi Muhammad saw bagi memilih Khulafa’ Ar-AGM kedua sedang berlangsung sesi 12/13Rasyidin. Untuk keterangan yang lebih lanjut, anda  boleh melihat kenyataan saya sebelum ini di blog saya iaitu, https://hazimmohdnoh.wordpress.com/2012/12/26/pangkah-calon-pucuk-pimpinan-agm-pmiupm/

Pilihanraya pucuk pimpinan juga telah dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PMIUPM. Majoriti ahli Majlis Tertinggi PMIUPM bersetuju mengadakan Pilihanraya bagi memilih pucuk pimpinan tertinggi. Oleh itu beberapa perkara yang perlu dimaklumkan iaitu:

1) Format Pemilihan Calon. 

i. Presiden PMIUPM mempunyai kuasa untuk mencadangkan calon pucuk pimpinan tertinggi di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PMIUPM sebelum Mesyuarat Agung Tahunan PMIUPM.

 ii. Majlis Tertinggi PMIUPM membincangkan cadangan Presiden serta Majlis Tertinggi PMIUPM untuk meletakkan calon-calon bagi bertanding di setiap jawatan pucuk pimpinan tertinggi.

iii. Cadangan calon juga boleh diambil daripada ahli PMIUPM yang berdaftar.

2) Tarikh Pemilihan

ucapan penangguhan AGM sesi 12/13Proses pengundian EMI hendaklah diadakan sebelum atau pada hari Mesyuarat Agung Tahunan dan keputusan diumumkan selepas tamat proses kiraan undi.

 3) Bentuk Pemilihan

  i. Pemilihan adalah berbentuk sulit dengan memangkah calon pada kertas undian serta dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan untuk membuang undi.

  ii. Pemilihan adalah berbentuk terbuka kepada semua ahli Mesyuarat Agung Tahunan yang berdaftar sebagai ahli PMIUPM.

4) Jawatankuasa Khas Pemilihan (JKP)

i. Jawatankuasa Khas Pemilihan (JKP) EMI adalah sebuah badan bebas berkecuali yang ditubuhkan dalam    mesyuarat Majlis Tertinggi PMIUPM.

ii. 5 orang pelajar Sarjana (Master) Universiti Putra Malaysia yang berdaftar sebagai ahli PMIUPM dilantik memegang 5 jawatan tertinggi dalam Jawatankuasa Khas Pemilihan (JKP) iaitu:

                          I.     Pengerusi JKP

                          II.   Setiausaha JKP

                          III. Bendahari JKP

                          IV.  AJK JKP

Semoga Pilihanraya PMIUPM dapat berjalan dengan lancar dan dapat dijalankan dengan bersih dan adil. Mudah-mudahan kita dapat tunjukkan bagaimana proses perjalanan pilihanraya yang adil dan bersih. Selamat mengundi buat semua ahli PMIUPM yang berdaftar.

Wallahu’alam.

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 08 Rabi’ul akhir 1434H bersamaan  19 Februari 2013

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: