PMIUPM Model PRU, Debat Presiden

Apabila cukup sahaja tempoh kepimpinan, maka akan diadakan rombakan kepimpinan dalam Mesyuarat Agung Tahunan index1atau Annual Grand Meeting ataupun muktamar. Begitu banyak sekali metod untuk memilih kepimpinan. Sebelum ini, kepimpinan tertinggi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) dipilih melalui Majlis Syura dan dianggotai oleh majoriti Alumni PMIUPM.

Maka inilah julung-julung kalinya kami (PMIUPM) membawa arus baru perubahan dengan mengadakan Pilihanraya untuk pemilihan Eksekutif Mahasiswa Islam (EMI) iaitu kepimpinan tertinggi PMIUPM. Pilihanraya EMI akan diadakan dengan cara memangkah calon di kertas undi seperti Pilihanraya Umum (PRU) negara Malaysia.

Dengan cara ini, kami menjadikan Pilihanraya EMI sebagai model kepada PRU untuk mendidik mahasiswa tentang betapa pentingnya memilih pemimpin serta sebagai model simulasi PRU kepada mahasiswa terutamanya yang baru pertama kali akan mengundi dalam PRU-13.

Majlis Tertinggi (MT) PMIUPM telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemilihan (JKP) sebuah badan bebas bagi mengendalikan Pilihanraya EMI PMIUPM yang terdiri daripada Pelajar Master dan merupakan ahli PMIUPM yang berdaftar. Beberapa yang telah dinotiskan adalah:

1. 11 Mac – 12 Mac: Penamaan Calon

2. 13 Mac – 16 Mac: Kempen Calon

3. 17 Mac: Pembuangan Undi (Pangkah calon di kertas undi)

Di fasa kempen calon, kami akan mengadakan Debat Presiden bagi mana-mana yang bertanding di jawatan Presidenimages untuk membentangkan idea serta manifesto masing-masing untuk membawa hala tuju PMIUPM ke arah yang lebih baik.

Sehubungan dengan itu, kami di peringkat MT PMIUPM menggariskan beberapa objektif berkenaan pelaksanaan Pilihanraya Pemilihan EMI pada kali ini:

1. Selari dengan hasrat Kerajaan Malaysia yang dipilih sebagai pimpinan negara melalui demokrasi sistem pilihanraya.

2. Memberikan pendidikan politik yang adil dan amanah kepada ahli PMIUPM serta masyarakat Malaysia.

3. Menjadi model Pilihanraya yang adil untuk PRU-13.

4. Menjadikan EMI PMIUPM yang bukan sahaja pimpinan kepada persatuan bahkan pemimpin kepada masyarakat, negara dan dunia.

Oleh itu, diharapkan proses Pilihanraya Pemilihan EMI ini akan dapat berjalan dengan lancar dan adil serta bersih. Diharapkan juga objektif yang digariskan akan berjaya dicapai sebagai kesedaran untuk menhadapi PRU -13.

Yang benar,

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

12 Mac 2013

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: