“Aku Tak HERAN Mesir, Turki”

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Seperti yang kita maklum bahawa Presiden Mesir, Dr. Morsy mengumumkan bahawa Mesir memutuskan hubungan dengan Rejim Syria. Berikut adalah terjemahan petikan1001626_549890921718749_286656092_n ucapan Presiden Mesir, Dr Morsy ketika Himpunan Rakyat Mesir bersama rakyat Syria di Kaherah semalam :

Kepada Hizbullah (baca : Hizbu Syaitan), mestilah keluardaripada Syria. Ini adalah kata-kata yang serius, tiada peluang dan tempat buat Hizbullah (baca : Hizbu Syaitan) di Syria.Hari ini kita (Mesir) telah membuat keputusan untuk memutuskan sepenuhnya hubungan dengan rejim Syria yang ada sekarang.

Ditutup Kedutaan Syria di Kaherah dan dipanggil pulang Kedutaan Mesir di Dimasyq.”Ini merupakan satu langkah awal dalam merealisasikan hadith Rasulullah saw ke arah mewujudkan khilafah Islam dan Islam akan menakluki dunia dengan penyatuan dari semua umat Islam seluruh dunia.

Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Syeikh Yusuf Qardhawi selamat tiba di Kaherah hari Selasa lalu bagi menyertai umat Islam di Mesir dan seluruh dunia menghadiri sambutan menyokong perjuangan rakyat Syria.

Begitu juga Turki dibawah pimpinan Reccep Tayyip Eddogan, Presiden Turki monyokong penuh Syria.

1004592_549464838428024_1235907241_nIni merupakan satu langkah awal dalam merealisasikan hadith Rasulullah saw ke arah mewujudkan khilafah Islam dan Islam akan menakluki dunia dengan penyatuan dari semua umat Islam seluruh dunia. Bukan hanya untuk Syria tetapi untuk seluruh negara Islam yang ditindas.

Cuma apa yang kita lihat hari ini pun sangat menyedihkan bila mana negara-negara Islam menghantar bantuan secara bersendirian mempertahankan negara Islam yang ditindas daripada ancaman musuh Allah swt. Umat Islam hanya dapat menyatakan rasa tidak puas hati dengan turun di jalanan tanda protes aman tetapi masih takut untuk membantu negara-negara Islam yang ditindas kecuali ada beberapa negara yang menghantar tentera mereka untuk membantu. Sedangkan umat Islam merupakan umat majoriti di dunia.

Maka kata Israel dan sekutunya, “Aku tak HERAN pun Turki ke, Mesir ka, atau negara Islam yang lain ke, sebab mereka TIDAK bersatu sesama mereka untuk membantu saudara seagama mereka kerana kita berjaya memecah belahkan perpaduan mereka sihingga mereka hanya pentingkan diri mereka”

Sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan zaman khilafah Islamiyah dahulu kala. Dalam satu riwayat ada menceritakan bahawa terdapat seorang muslimat ketika berada di tengah kelompok orang ramai, tiba-tiba seorang Yahudi lelaki menarik tudung dan jilbab muuslimah tersebut sehingga terbuka auratnya ditengah-tengah orang ramai. Maka berlarilah pemuda Islam menuju ke istana Khalifah Islam masa itu dengan menjerit memanggil nama Khalifah Muqtasim dan melaporkan kejadian yang berlaku itu. Maka tanpa bertangguh lagi, Khalifah Muqtasim menghantar 1 Batalion tentera Islam yang terdiri daripada pelbagai negara Islam menyerang lelaki Yahudi tersebut.

Ini dapat menunjukkan kesatuan umat Islam zaman itu sehingga dapat menghantar tentera untuk membantu negara-negara Islam yang ditindas. Maka di akhir zaman nanti999659_549632755077899_170093578_n akan tertegaknya Khilafah Islam di dunia ini. Oleh itu kita hendaklah sedar unutk pelbagaikan usaha dalam menyatukan umat Islam terutama di negara Malaysia yang tercinta ini.

Selepas ini akan kami diperingkat Delegasi Pemikir Muda (DPM) bersama NGO-NGO serta platform lain InsyaAllah akan mengatur aksi-aksi dan tindakan demi meyatukan umat Islam di Malaysia ini terutama dalam ruang lingkup Mahasiswa dan mahasiswi serta pemuda -pemuda Islam dan seterusnya penyatuan diperingkat Asia Tenggara dan Dunia. Dan diharap dengan penyatuan semua kumpulan Islam akan dapat memenangkan Islam dan seterusnya menyumbang kepada tertubuhnya Khilafah Islamiyah.

Akhir kata dari saya mewakili teman-teman seperjuangan adalah supaya kita dapat meneruskan legasi perjuangan di seluruh pelusuk negara seterusnya dapat menyatukan kembali umat Islam bagi menuju kebangkitan Islam yang disebut-sebut oleh Rasulullah saw.  Rebutlah peluang yang ada supaya kita lah orang yang terpilih untuk  merealisasikan hadith Nabi saw sepertimana Sultan Muhammad Al-Fateh merealisasikan hadith Nabi saw.

Wallahu’alam

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Ketua Pengarah,

Delegasi Pemikir Muda (DPM),

Pengarah Seksyen Kekeluargaan DPM,

Bertarikh: 07 Sya’aban 1434 H bersamaan 16 Jun 2013

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: