Selamat Hari Bapa / Amanah Sebagai Anak: DPM
Bila tiba Hari bapa maka ramai penuhlah status-status di Facebook masing-masing untuk mengucapkan “Selamat Hari Bapa” kepada ayah masing-masing dan tidak kurang juga yang memberikan hadiah buat sang ayah.
Cuma hendak diingatkan bahawa bukan hanya sekadar ucap “Selamat Hari Bapa” kepada ayah tercinta melalui mulut, tetapi ucapan yang melalui ‘HATI’. Ucapan yang hanya berlegar di mulut sangat berbeda jika hendak dibandingkan dengan ucapan yang lahir dari HATI SANUBARI.
Ucapan dari mulut hanya akan berlegar dilingkungan luaran sahaja. Ucapan dan hadiah yang diberikan adalah yang terbaik dari kaca mata luar tetapi hanya kosong di dalam.
Ucapan dari hati sanubari pula adalah berlegar-legar dari hati yang akan mempengaruhi luaran iaitu tindakan. cukup terasa bagi seorang ayah jika diberikan ucapan dan hadiah dari hati sanubari. Ucapan dari hati sanubari boleh dirasai jika mereka merasai pengorbanan ayah secara live. Pengorbanan seorang ayah yang kita menjiwainya akan memaksa kita untuk memahami tahap pengorbanan yang tidak dapat dibalas dengan duit.
Lihat sahaja pengorbanan seorang ayah dan seorang Nabi serta Rasul iaitu Nabi Nuh a.s yang bertungkus lumus mendidik anak dan isterinya disamping menyampaikan risalah Allah untuk mereka tunduk dibawah satu Pencipta. Tetapi hanya sedikit sahaja yang beriman dan anak isterinya tidak pula mengikut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Nuh as (ayah). Pengorbanannya cukup perit sehingga dianugerahkan rasul ululazmi yang dakwahnya selama hampir seribu tahun. Iman tidak dapat diwarisi dari ayang yang beriman:
Iman tak dapat diwarisi,
Dari seorang ayah yang bertaqwa,
Iman tak dapat dijual beli,
Iman tiada di tepian pantai…
Maka pengorbanan ayah tiada dapat dinilai. tanyalah pada diri anda, adakah anda sudah menunaikan AMANAH anda sebagai anak kerana amanah anda sebagai anak akan disoal???
Wallahu’alam
MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH
Ketua Pengarah,
Delegasi Pemikir Muda (DPM),
Pengarah Seksyen Kekeluargaan DPM,
Bertarikh: 07 Sya’aban 1434 H bersamaan 16 Jun 2013
- Posted in: Kaca Mata Ketua Pengarah Delegasi Pemikir Muda ♦ Tazkirah