Cuai AMANAH Punca Jerebu, Guna TWCs: DPM

PUNCA

Berita jerebu di Johor dan Melaka semakin hangat diperkatakan dan dikatakan semakin buruk. Seperti yang lepas-lepas media melaporkan, berlakunya kebakaran tanahjerebu gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi penyumbang utama kepada jerebu di semenanjung Malaysia. Terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013 mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia.

Tiupan angin barat daya dan angin barat laut yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi faktor utama jerebu ini. Menjelang pertengahan Monsun Barat daya ini, dijangkakan jerebu yang lebih teruk akan melanda Semananjung Malaysia.
 
Jumlah titik panas di Riau terus meningkat dari 123 empat hari lalu kepada 194 sehingga semalam Namun buat masa ini, tiupan angin barat ke Melaka, Johor dan Singapura. Tiupan angin boleh berubah bila-bila masa dan tiupan angin Monsun Barat Daya ini akan memebawa anginnya menghala ke Klang.
 
Ada yang menyalahkan Indonesia atas punca jerebu ini. Pabila pihak Indonesia mendengarinya, maka dituduhnya Malaysia dan juga Singapura juga menjadi penyumbang juga. Bukan soal salah siapa tetapi soal AMANAH yang menjadikan puncanya jerebu ini.
 
Cuai AMANAH
 
Amanah yang Allah beri kepada manusia sangatlah berat iaitu untuk mengimarahkan bumi ini. Amanah sangat luas. Ternyata kita sebagai manusia gagal melaksanakan amanah Allah untuk memelihara bumi ini bahkan merosakkannya dari tangan-tangan manusia. Antara kecuaian amanah manusia adalah:
 
1. Air sisa dari kilang seperti penghasilan produk pakaian, makanan, kertas dan sebagainya melibatkan kandungan dye yang merosakkan hidupan air dan manusia seperti Methylene Blue (MB) dye, Methyl Orange (MO) dye dan Fast Green (FG) dye dibuang sewenang-wenangnya dalam sungai.
 
2. Manusia yang merokok membahayakan diri, orang lain serta alam sekitar kerana kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
 
3. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan. Asap kenderaan daripada enjin akan menghasilkan carbon monoxide (CO), oxides of nitrogen (NOx), fromaldehyde (CH2O), dan hydrocarbon (HC) dan menyebabkan udara semakin panas.
 
catalytic-converter2
Maka, jangan salahkan isu pembakaran hutan sahaja, tetapi ingatlah bahawa kita sebagai hamba Allah sangat cuai dalam melaksanakan AMANAH untuk mengimarahkan bumi ini iaitu dengan membebaskan sewenang2nya asap rokok, asap kenderaan dan bakar sampah.
 
Ini semua amaran Allah kepada manusia bahawa Allah boleh mendatangkan musibah lebih dari itu. Maka muhasabah semula bagaimana pihak berwajib mahu melaksanakan usaha-usaha untuk memakmurkan bumi ini semula yang bebas pencemaran Udara, air, bunyi dan sebagainya.
 
Two & Three -way Catalytic Converters (TWCs)
 
Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter. Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin Dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran gas beracun dengan cara menukarkan:
 Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap.
Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor. Antara simultaneous tasks:
1. Reduction of nitrogen oxide to nitrogen and oxygen:
2NOx → xO2 + N2 
 
2. Oxidation of carbon monoxide to carbon dioxide:
2CO + O2 → 2CO2 
 
3. Oxidation of unburnt hydrocarbons (HC) to carbon dioxide & water
CxH2x+2 + 2xO2 → xCO2 + 2xH2O
 
Maka ini bukannya perkara main-main, tetapi pihak kerajaan perlu mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor.
 
Wallahu’alam
 
MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH
Ketua Pengarah,
Delegasi Pemikir Muda (DPM),
Pengarah Seksyen Kekeluargaan DPM,
Bertarikh: 11 Sya’aban 1434 H bersamaan 20 Jun 2013

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: