Mana Tahu Anak Ini Pejuang @ Bodoh Macam Keldai?? – Yang selalu diucapkan

Ku mulai tulisan ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Di dalam buku Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam tulisan Abdullah Nasih Ulwan, Fasal 3: Hukum-Hukum Umum Yang Berkaitan Dengan Anak Yang Baru Dilahirkan dalamgambaranakzahiriladzim perbahasan 1: Apa yang perlu dilakukan oleh pendidik ketika kelahiran anak di mukasurat 87 berkaitan Sunat digembirakan serta diberi tahniah ketika kelahiran anak menceritakan seperti berikut:

Adapun yang mengenai dengan memberi tahniah kerana mendapat anak, maka Imam Ibnul Qayyim  telah meriwayatkan di dalam kitabnya yang berjudul Tuhfatul-Maudud, daripada Abu Bakar bin Al-Munzir, bahawasanya dia berkata: Kami telah meriwayatkan daripada Al-Hasan Al-Bishri, bahawasanya dia berkata: Telah datang seorang lelaki kepadanya, dan bersamanya ada seorang lelaki yang baru saja mendapat seorang anak lelaki, lalu berkata seorang kepada temannya:

Aku beri kau tahniah kerana mendapat seorang pejuang.

Mendengar itu Al-Hasan Al-Bishri menyangkal: Mana kau tahu anak itu akan menjadi pejuang, ataupun barangkali dia menjadi bodoh macam keldai? 

Maka berkata lelaki itu: Habis macam mana yang baik kita katakan?

Berkata Al-Hasan Al-Bishri: Katakanlah, ‘Moga-moga diberkati anak itu, dan kau pula mensyukuri Tuhan Pemberi, dan kau akan dikurniakan ketaatannya apabila dia besar nanti.’

Semoga dapat mengambil iktibar dari petikan di atas kerana sering sahaja orang zaman sekarang yang mengatakan “ tahniah kerana mendapat anak yang bakal seorang pejuang”. Iktibar teguran dari Al-Hasan Al-Bishri.

wallahu’alam

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Pengarah,

Seksyen Kekeluargaan,

Delegasi Pemikir Muda (DPM)

Bertarikh: 23 Syaaban 1434 H bersamaan 2 Julai 2013

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: