Sebab Kemenangan Yang Tertangguh (KYT) Menurut Al-Anfal: Part 1

Saya mulai tulisan ini dengan nama Allah yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim

perang_badarBeberapa ketika sebelum ini, orang ramai yang berminat dengan corak politik Malaysia mengkaji buku bertajuk Kemenangan Yang Tertangguh yang di tulis oleh Hasbie Muda seorang penulis muda. Analisis yang baik berdasarkan fakta dan isu yang tepat lalu beliau melontarkan sedikit pandangan dan persoalan untuk pembaca berfikir.

Cuma tulisan ini saya bukanlah mengulas buku itu tetapi melontarkan sedikit pandangan dari perspektif Al-Quran iaitu dari surah Al-Anfal bermula dari ayat 45 sehingga 47. Semoga kita mengambil ikitbar untuk kita memenangkan Islam di Malaysia.

Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (45)

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (46)

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ خَرَجُوا مِن دِيَارِهِم بَطَرًا وَرِئَاءَ النَّاسِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. (47)

Maka diringkaskan disini sebelum kita masuk yang lebih yang terperinci, Allah tujukan ayat ini buat orang yang beriman yang mana apabila berhadapan dengan musuh maka perlunya untuk menepati ciri-ciri ini untuk menyebabkan Allah memberikan kemenangan yang hakiki iaitu:

1. Tegar (teguh hati) ketika menghadapi musuh.

2. Selalu (banyak) berzikir kepada Allah.

3. Taat kepada Allah dan RasulNya.

4. Menjauhi perselisihan dan pertengkaran (saling bergaduh).

5. Sabar dan tabah dalam menghadapi kesukaran perang.

6. Menjauhi sikap sombong dan riya’.

Maka secara terperincinya:Islam’s-Civil-War

1. Tegar (Teguh hati)

Tegar (teguh hati) adalah saat awal menuju kemenangan. Maka sesiapa yang tegar, maka dialah yang menang. Mereka yang beriman sebenarnya tidak menyedari bahawa musuhnya lebih sengsara daripada mereka iaitu merasa sakit lebih dari orang yang beriman.

Ini adalah disebabkan musuh orang beriman tidak mempunyai pengharapan langsung kepada Allah berbanding orang beriman yang macam mana sakit sekali pun dalam perang, mereka ada pengharapan yang besar kepada Allah dan matlamat utama mereka adalah Allah.

Maka jika orang beriman mahu bersabar, tegar sebentar maka mereka akan meraih kebaikan. Kebaikan yang dimaksudkan adalah sama ada mati fi sabilillah atau pun berupa kemenangan.

Sementara itu pula, pihak musuh hanya bercita-cita untuk dunia semata-mata. Mereka bersungguh-sungguh mengejar kehidupan dunia dan berkeyakinan bahawa tidak ada kehidupan yang sesungguhnya kecuali kehidupan dunia.

Terjemahkan dalam Konteks Pilihanraya yang disertai Parti Islam

Maka dalam konteks pilihanraya adalah bertanding dan menyertai pilihanraya untuk memenangkan Islam adalah perlunya ciri penyokong dan pendokong yang tegar (teguh hati). Pilihanraya merupakan perang zaman modenwalaupun bilangan pendokong dan penyokong tidak seberapa tetapi perlulah memiliki ciri ini untuk menang.

bersambung untuk  ciri yang berikutnya yang  melibatkan firaun dan jalut.

Semoga menjadi muhasabah untuk kita bersama..

wallahu’alam

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Pengarah,

Delegasi Pemikir Muda (DPM)

Bertarikh: 28 Ramadhan 1434 H bersamaan 06 Ogos 2013

Sumber: Tafsiran Ayat-Ayat Yaa Ayyuhal-Laziina Aamanuu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: