Cuai AMANAH Punca Jerebu, Guna TWCs: DPM

PUNCA

Berita jerebu di Johor dan Melaka semakin hangat diperkatakan dan dikatakan semakin buruk. Seperti yang lepas-lepas media melaporkan, berlakunya kebakaran tanahjerebu gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi penyumbang utama kepada jerebu di semenanjung Malaysia. Terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013 mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia.

Tiupan angin barat daya dan angin barat laut yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi faktor utama jerebu ini. Menjelang pertengahan Monsun Barat daya ini, dijangkakan jerebu yang lebih teruk akan melanda Semananjung Malaysia.
 
Jumlah titik panas di Riau terus meningkat dari 123 empat hari lalu kepada 194 sehingga semalam Namun buat masa ini, tiupan angin barat ke Melaka, Johor dan Singapura. Tiupan angin boleh berubah bila-bila masa dan tiupan angin Monsun Barat Daya ini akan memebawa anginnya menghala ke Klang.
 
Ada yang menyalahkan Indonesia atas punca jerebu ini. Pabila pihak Indonesia mendengarinya, maka dituduhnya Malaysia dan juga Singapura juga menjadi penyumbang juga. Bukan soal salah siapa tetapi soal AMANAH yang menjadikan puncanya jerebu ini.
 
Cuai AMANAH
 
Amanah yang Allah beri kepada manusia sangatlah berat iaitu untuk mengimarahkan bumi ini. Amanah sangat luas. Ternyata kita sebagai manusia gagal melaksanakan amanah Allah untuk memelihara bumi ini bahkan merosakkannya dari tangan-tangan manusia. Antara kecuaian amanah manusia adalah:
 
1. Air sisa dari kilang seperti penghasilan produk pakaian, makanan, kertas dan sebagainya melibatkan kandungan dye yang merosakkan hidupan air dan manusia seperti Methylene Blue (MB) dye, Methyl Orange (MO) dye dan Fast Green (FG) dye dibuang sewenang-wenangnya dalam sungai.
 
2. Manusia yang merokok membahayakan diri, orang lain serta alam sekitar kerana kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
 
3. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan. Asap kenderaan daripada enjin akan menghasilkan carbon monoxide (CO), oxides of nitrogen (NOx), fromaldehyde (CH2O), dan hydrocarbon (HC) dan menyebabkan udara semakin panas.
 
catalytic-converter2
Maka, jangan salahkan isu pembakaran hutan sahaja, tetapi ingatlah bahawa kita sebagai hamba Allah sangat cuai dalam melaksanakan AMANAH untuk mengimarahkan bumi ini iaitu dengan membebaskan sewenang2nya asap rokok, asap kenderaan dan bakar sampah.
 
Ini semua amaran Allah kepada manusia bahawa Allah boleh mendatangkan musibah lebih dari itu. Maka muhasabah semula bagaimana pihak berwajib mahu melaksanakan usaha-usaha untuk memakmurkan bumi ini semula yang bebas pencemaran Udara, air, bunyi dan sebagainya.
 
Two & Three -way Catalytic Converters (TWCs)
 
Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter. Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin Dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran gas beracun dengan cara menukarkan:
 Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap.
Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor. Antara simultaneous tasks:
1. Reduction of nitrogen oxide to nitrogen and oxygen:
2NOx → xO2 + N2 
 
2. Oxidation of carbon monoxide to carbon dioxide:
2CO + O2 → 2CO2 
 
3. Oxidation of unburnt hydrocarbons (HC) to carbon dioxide & water
CxH2x+2 + 2xO2 → xCO2 + 2xH2O
 
Maka ini bukannya perkara main-main, tetapi pihak kerajaan perlu mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor.
 
Wallahu’alam
 
MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH
Ketua Pengarah,
Delegasi Pemikir Muda (DPM),
Pengarah Seksyen Kekeluargaan DPM,
Bertarikh: 11 Sya’aban 1434 H bersamaan 20 Jun 2013
Advertisements

“Aku Tak HERAN Mesir, Turki”

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Seperti yang kita maklum bahawa Presiden Mesir, Dr. Morsy mengumumkan bahawa Mesir memutuskan hubungan dengan Rejim Syria. Berikut adalah terjemahan petikan1001626_549890921718749_286656092_n ucapan Presiden Mesir, Dr Morsy ketika Himpunan Rakyat Mesir bersama rakyat Syria di Kaherah semalam :

Kepada Hizbullah (baca : Hizbu Syaitan), mestilah keluardaripada Syria. Ini adalah kata-kata yang serius, tiada peluang dan tempat buat Hizbullah (baca : Hizbu Syaitan) di Syria.Hari ini kita (Mesir) telah membuat keputusan untuk memutuskan sepenuhnya hubungan dengan rejim Syria yang ada sekarang.

Ditutup Kedutaan Syria di Kaherah dan dipanggil pulang Kedutaan Mesir di Dimasyq.”Ini merupakan satu langkah awal dalam merealisasikan hadith Rasulullah saw ke arah mewujudkan khilafah Islam dan Islam akan menakluki dunia dengan penyatuan dari semua umat Islam seluruh dunia.

Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Syeikh Yusuf Qardhawi selamat tiba di Kaherah hari Selasa lalu bagi menyertai umat Islam di Mesir dan seluruh dunia menghadiri sambutan menyokong perjuangan rakyat Syria.

Begitu juga Turki dibawah pimpinan Reccep Tayyip Eddogan, Presiden Turki monyokong penuh Syria.

1004592_549464838428024_1235907241_nIni merupakan satu langkah awal dalam merealisasikan hadith Rasulullah saw ke arah mewujudkan khilafah Islam dan Islam akan menakluki dunia dengan penyatuan dari semua umat Islam seluruh dunia. Bukan hanya untuk Syria tetapi untuk seluruh negara Islam yang ditindas.

Cuma apa yang kita lihat hari ini pun sangat menyedihkan bila mana negara-negara Islam menghantar bantuan secara bersendirian mempertahankan negara Islam yang ditindas daripada ancaman musuh Allah swt. Umat Islam hanya dapat menyatakan rasa tidak puas hati dengan turun di jalanan tanda protes aman tetapi masih takut untuk membantu negara-negara Islam yang ditindas kecuali ada beberapa negara yang menghantar tentera mereka untuk membantu. Sedangkan umat Islam merupakan umat majoriti di dunia.

Maka kata Israel dan sekutunya, “Aku tak HERAN pun Turki ke, Mesir ka, atau negara Islam yang lain ke, sebab mereka TIDAK bersatu sesama mereka untuk membantu saudara seagama mereka kerana kita berjaya memecah belahkan perpaduan mereka sihingga mereka hanya pentingkan diri mereka”

Sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan zaman khilafah Islamiyah dahulu kala. Dalam satu riwayat ada menceritakan bahawa terdapat seorang muslimat ketika berada di tengah kelompok orang ramai, tiba-tiba seorang Yahudi lelaki menarik tudung dan jilbab muuslimah tersebut sehingga terbuka auratnya ditengah-tengah orang ramai. Maka berlarilah pemuda Islam menuju ke istana Khalifah Islam masa itu dengan menjerit memanggil nama Khalifah Muqtasim dan melaporkan kejadian yang berlaku itu. Maka tanpa bertangguh lagi, Khalifah Muqtasim menghantar 1 Batalion tentera Islam yang terdiri daripada pelbagai negara Islam menyerang lelaki Yahudi tersebut.

Ini dapat menunjukkan kesatuan umat Islam zaman itu sehingga dapat menghantar tentera untuk membantu negara-negara Islam yang ditindas. Maka di akhir zaman nanti999659_549632755077899_170093578_n akan tertegaknya Khilafah Islam di dunia ini. Oleh itu kita hendaklah sedar unutk pelbagaikan usaha dalam menyatukan umat Islam terutama di negara Malaysia yang tercinta ini.

Selepas ini akan kami diperingkat Delegasi Pemikir Muda (DPM) bersama NGO-NGO serta platform lain InsyaAllah akan mengatur aksi-aksi dan tindakan demi meyatukan umat Islam di Malaysia ini terutama dalam ruang lingkup Mahasiswa dan mahasiswi serta pemuda -pemuda Islam dan seterusnya penyatuan diperingkat Asia Tenggara dan Dunia. Dan diharap dengan penyatuan semua kumpulan Islam akan dapat memenangkan Islam dan seterusnya menyumbang kepada tertubuhnya Khilafah Islamiyah.

Akhir kata dari saya mewakili teman-teman seperjuangan adalah supaya kita dapat meneruskan legasi perjuangan di seluruh pelusuk negara seterusnya dapat menyatukan kembali umat Islam bagi menuju kebangkitan Islam yang disebut-sebut oleh Rasulullah saw.  Rebutlah peluang yang ada supaya kita lah orang yang terpilih untuk  merealisasikan hadith Nabi saw sepertimana Sultan Muhammad Al-Fateh merealisasikan hadith Nabi saw.

Wallahu’alam

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Ketua Pengarah,

Delegasi Pemikir Muda (DPM),

Pengarah Seksyen Kekeluargaan DPM,

Bertarikh: 07 Sya’aban 1434 H bersamaan 16 Jun 2013

Selamat Hari Bapa / Amanah Sebagai Anak: DPM

Bila tiba Hari bapa maka ramai penuhlah status-status di Facebook masing-masing untuk mengucapkan “Selamat Hari Bapa” kepada ayah masing-masing dan tidak kurang juga yang memberikan hadiah buat sang ayah.

Cuma hendak diingatkan bahawa bukan hanya sekadar ucap “Selamat Hari Bapa” kepada ayah tercinta melalui mulut, tetapi ucapan yang melalui ‘HATI’. Ucapan yang hanya berlegar di mulut sangat berbeda jika hendak dibandingkan dengan ucapan yang lahir dari HATI SANUBARI.

Ucapan dari mulut hanya akan berlegar dilingkungan luaran sahaja. Ucapan dan hadiah yang diberikan adalah yang terbaik dari kaca mata luar tetapi hanya kosong di dalam.download

Ucapan dari hati sanubari pula adalah berlegar-legar dari hati yang akan mempengaruhi luaran iaitu tindakan. cukup terasa bagi seorang ayah jika diberikan ucapan dan hadiah dari hati sanubari. Ucapan dari hati sanubari boleh dirasai jika mereka merasai pengorbanan ayah secara live. Pengorbanan seorang ayah yang kita menjiwainya akan memaksa kita untuk memahami tahap pengorbanan yang tidak dapat dibalas dengan duit.

Lihat sahaja pengorbanan seorang ayah dan seorang Nabi serta Rasul iaitu Nabi Nuh a.s yang bertungkus lumus mendidik anak dan isterinya disamping menyampaikan risalah Allah untuk mereka tunduk dibawah satu Pencipta. Tetapi hanya sedikit sahaja yang beriman dan anak isterinya tidak pula mengikut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Nuh as (ayah). Pengorbanannya cukup perit sehingga dianugerahkan rasul ululazmi yang dakwahnya selama hampir seribu tahun. Iman tidak dapat diwarisi dari ayang yang beriman:

Iman tak dapat diwarisi,

Dari seorang ayah yang bertaqwa,

Iman tak dapat dijual beli,

Iman tiada di tepian pantai…

Maka pengorbanan ayah tiada dapat dinilai. tanyalah pada diri anda, adakah anda sudah menunaikan AMANAH anda sebagai anak kerana amanah anda sebagai anak akan disoal???

Wallahu’alam

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Ketua Pengarah,

Delegasi Pemikir Muda (DPM),

Pengarah Seksyen Kekeluargaan DPM,

Bertarikh: 07 Sya’aban 1434 H bersamaan 16 Jun 2013

Tahniah Buat Kepimpinan Baru Ikatan Kristian UPM

Salam tahniah dari kami, warga Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) kepada kepimpinan baru (new committee) Ikatan Kristian Universiti Putra Malaysia (IKUPM) yang telah selesai dipilih pada malam semalam (12 Mac 2013).

IKUPM

Semoga dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya. Diharapkan juga semoga hubungan antara PMIUPM serta IKUPM akan terus terjalin.

229909_215049431961868_422755097_n

Akhir kata dari saya:

“Saya tidak pandang masalah bangsa dan agama. Mereka adalah hamba kepada Tuhan semesta alam. Sekiranya mereka ada masalah antara kita, kita boleh berjumpa ketua agama masing-masing untuk selesaikan masalah. Kebergantungan kepada Tuhan perlu sentiasa ada supaya diri lebih kuat untuk melaksanakan suruhan Tuhan semesta alam”

PMIUPM | Pencetus Inspirasi

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Ikut ‘Lampu Hijau’ Majlis Syura atau Ikut Sahabat Nabi??

AGM kedua sedang berlangsung sesi 12/13AGM kedua sedang berlangsung sesi 12/13

Ada yang bersetuju dengan sistem syura yang sedia ada, iaitu memberi autoriti kepada alumni atau bekas pemimpin dan ahli PMIUPM sendiri menentukan ‘waris’ kepemimpinan mereka dengan mendapat ‘lampu hijau’ dari ahli majlis syura.

Ada juga yang bersetuju dengan sistem syura yang lebih demokratik, iaitu setiap ahli PMIUPM yang berdaftar diberi hak untuk menentukan setiap kepemimpinan mereka melalui proses pilihan raya. Maka timbullah cara untuk memilih pimpinan mengikut cara begini dan begitu.

ucapan penangguhan AGM sesi 12/13ucapan penangguhan AGM sesi 12/13

Ini lah juga yang berlaku di zaman sahabat-sahabat nabi sehingga jenazah Baginda Nabi Muhammad saw terpaksa dilambatkan urusan jenazahnya sehingga urusan melantik pemimpin umat Islam selesai.

Sebenarnya tidak ada nas yang sahih lagi soreh melarang pendemokrasian syura dengan membenarkan setiap ahli menentukan kepemimpinan mereka.

Maka, pemilihan pucuk pimpinan mestilah berlandaskan beberapa syarat utama:

1. Mengikut apa yang Allah gariskan dan meninggalkan apa sahaja yang Allah larang.

2. Mengikut apa yang disampaikan oleh Rasulullah.

3. Mengikut sistem yang adil.

4. Menyempurnakan hak pemilihan pada semua ahli.

Maka dengan itu kita soroti cara pemilihan sahabat nabi terutamanya pemilihan pucuk pimpinan khalifah umat Islam. Kaedah pemilihan khalifah dapat dibahagikan kepada empat.

Khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Yang pertama melalui musyawarah atau syura. Cara ini berlaku sewaktu perlantikan Saidina Abu Bakar. Pada waktu itu, golongan Ansar daripada Bani Saadah di Saqifah hampir melantik khalifah daripada kalangan mereka. Atas cadangan Saidina Umar dan dengan atas persetujuan orang ramai, akhirnya Saidina Abu Bakar telah dilantik menjadi khalifah.

Khalifah Saidina Umar bin Al-Khattab
Kaedah kedua adalah dengan cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu seperti perlantikan Saidina Umar. Nama beliau telah diusulkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya.

Khalifah Saidina Uthman bin ‘Affan
Kaedah ketiga adalah melalui pemilihan daripada beberapa orang calon seperti perlantikan Saidina Uthman. Sejumlah enam nama telah diusulkan dan Saidina Uthman akhirnya telah terpilih.

Khalifah Saidina Ali bin Abi Thalib
Kaedah keempat ialah pencalonan oleh sekelompok masyarakat seperti pencalonan Saidina Ali. Walaubagaimanapun, agmkesemua kaedah ini melalui proses syura atau musyawarah di kalangan umat Islam dan diperkukuh dengan upacara angkat sumpah atau lafaz taat setia atau baiah semasa calon itu dilantik sebagai khalifah.

Mereka adalah antara 10 sahabat-sahabat nabi yang dijamin masuk syurga tidak menggunakan hanya satu-satu kaedah sahaja secara tetap tetapi berubah-ubah pada setiap zaman kepimpinan.

Maka inilah julung-julung kalinya kami (PMIUPM) membawa arus baru perubahan dengan mengadakan Pilihanraya untuk pemilihan Eksekutif Mahasiswa Islam (EMI) iaitu kepimpinan tertinggi PMIUPM. Pilihanraya EMI akan diadakan dengan cara memangkah calon di kertas undi seperti Pilihanraya Umum (PRU) negara Malaysia.

Dengan cara ini, kami menjadikan Pilihanraya EMI sebagai model kepada PRU untuk mendidik mahasiswa tentang betapa pentingnya memilih pemimpin serta sebagai model simulasi PRU kepada mahasiswa terutamanya yang baru pertama kali akan mengundi dalam PRU-13.

Sebelum-sebelum ini hanya menggunakan sistem syura yang tidak memberi kebebasan kepada ahli untuk memilih pucuk pimpinan secara bersama. Sedangkan syura itu sendiri bermaksud mesyuarat. Maka perlulah bersama-sama ahli membuat pemilihan bersama. Keputusan yang besar seperti pemilihan pucuk pimpinan persatuan dan dasar persatuan mestilah melibatkan mesyuarat bersama ahli.

Mudah-mudahan dengan menjalankan proses pilihanraya ini dapat:

1. Selari dengan hasrat Kerajaan Malaysia yang dipilih sebagai pimpinan negara melalui demokrasi sistem pilihanraya.

2. Memberikan pendidikan politik yang adil dan amanah kepada ahli PMIUPM serta masyarakat Malaysia.

3. Menjadi model Pilihanraya yang adil untuk PRU-13.

4. Menjadikan EMI PMIUPM yang bukan sahaja pimpinan kepada persatuan bahkan pemimpin kepada masyarakat, negara dan dunia.

Wallahu’alam.

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 29 Rabi’ul Akhhir 1434H bersamaan  12 Mac 2013

PMIUPM Model PRU, Debat Presiden

Apabila cukup sahaja tempoh kepimpinan, maka akan diadakan rombakan kepimpinan dalam Mesyuarat Agung Tahunan index1atau Annual Grand Meeting ataupun muktamar. Begitu banyak sekali metod untuk memilih kepimpinan. Sebelum ini, kepimpinan tertinggi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) dipilih melalui Majlis Syura dan dianggotai oleh majoriti Alumni PMIUPM.

Maka inilah julung-julung kalinya kami (PMIUPM) membawa arus baru perubahan dengan mengadakan Pilihanraya untuk pemilihan Eksekutif Mahasiswa Islam (EMI) iaitu kepimpinan tertinggi PMIUPM. Pilihanraya EMI akan diadakan dengan cara memangkah calon di kertas undi seperti Pilihanraya Umum (PRU) negara Malaysia.

Dengan cara ini, kami menjadikan Pilihanraya EMI sebagai model kepada PRU untuk mendidik mahasiswa tentang betapa pentingnya memilih pemimpin serta sebagai model simulasi PRU kepada mahasiswa terutamanya yang baru pertama kali akan mengundi dalam PRU-13.

Majlis Tertinggi (MT) PMIUPM telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemilihan (JKP) sebuah badan bebas bagi mengendalikan Pilihanraya EMI PMIUPM yang terdiri daripada Pelajar Master dan merupakan ahli PMIUPM yang berdaftar. Beberapa yang telah dinotiskan adalah:

1. 11 Mac – 12 Mac: Penamaan Calon

2. 13 Mac – 16 Mac: Kempen Calon

3. 17 Mac: Pembuangan Undi (Pangkah calon di kertas undi)

Di fasa kempen calon, kami akan mengadakan Debat Presiden bagi mana-mana yang bertanding di jawatan Presidenimages untuk membentangkan idea serta manifesto masing-masing untuk membawa hala tuju PMIUPM ke arah yang lebih baik.

Sehubungan dengan itu, kami di peringkat MT PMIUPM menggariskan beberapa objektif berkenaan pelaksanaan Pilihanraya Pemilihan EMI pada kali ini:

1. Selari dengan hasrat Kerajaan Malaysia yang dipilih sebagai pimpinan negara melalui demokrasi sistem pilihanraya.

2. Memberikan pendidikan politik yang adil dan amanah kepada ahli PMIUPM serta masyarakat Malaysia.

3. Menjadi model Pilihanraya yang adil untuk PRU-13.

4. Menjadikan EMI PMIUPM yang bukan sahaja pimpinan kepada persatuan bahkan pemimpin kepada masyarakat, negara dan dunia.

Oleh itu, diharapkan proses Pilihanraya Pemilihan EMI ini akan dapat berjalan dengan lancar dan adil serta bersih. Diharapkan juga objektif yang digariskan akan berjaya dicapai sebagai kesedaran untuk menhadapi PRU -13.

Yang benar,

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

12 Mac 2013

Ukhuwwah Dulu Atau Perang Dulu??: Tarbiyah Nabi

indexRamai ahli jemaah dan gerakan Islam zaman ini mementingkan ukhuwwah sehingga terabainya kerja-kerja JIHAD yang lain. Berukhuwwah itu tidak salah TETAPI jika asyik sangat berukhuwwah, maka boleh melumpuhkan gerak kerja jemaah. Ada jemaah yang fokusnya hanya BERUKHUWWAH sahaja dengan ahli usrah sehingga semua perkara lain ditolak tepi dan terabai fokus yang lain.

Maka saya bawakan surah Al-Fath: 29 yang menceritakan tentang Tarbiyyah Allah kepada kekasihNya, Muhammad Rasulullah. Firman  Allah swt:

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا (29)

Maksudnya: Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka dari bekas sujud.images Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.

Allah mengabarkan tentang Nabi Muhammad saw, bahwasanya beliau adalah utusanya yang hak tanpa ada keraguan, Allah berfirman ( مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ ) kalimah ini merupakan susunan mubtada’ dan khobar, semua sifat rasulullah sangat bagus, kemudian Allah memuji para sahabatnya dengan firmanNya yang berbunyi :

{ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ }

pujian ini sama seprti firman Allah dalam suah Al- maidah ayat 54 yang berbunyi :

{ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ{

inilah sifat seorang mu’min yang mempunyai sifat keras dan bengis terhadap orang kafir, pengasih dan berbuat kebaikan kepada orang yang suka berbuat baik, dan menunjukan wajah yang marah dan keras terhadap orang kafir, dan murah index1senyum dan wajah yang ramah terhadap orang muslim itu sendiri.

Allah mentarbiyah nabi dan para  sahabat bermula dengan:

1. Melawan musuh yang memerangi Islam (termasuk menguasai ilmu perang dan strategi).

2. Berukhuwwah serta berkasih sayang sesama muslim.

3. Rukuk dan sujud.

Maka semua ini menampakkan bekas sujud dan tanda-tanda tersebut berupa nur dan sinar yang putih bersih yang menjadi ciri khas mereka kelak di akhirat, sebagai pertanda bahwa mereka orang-orang yang gemar bersujud sewaktu di dunia (dari bekas sujud.)

Ukhuwwah boleh dan tidak salah tetapi jangan terlalu asyik dengan ukhuwwah sehingga fokus yang sebenar untuk menegakkan negara Islam dan berjihad menentang kaum yang melawan Islam itu diketepikan.

Maka berJIHADlah untuk menegakkan kalimah Allah dan insyaAllah ukhuwwah Islamiyah akan terjalin.

Sekadar perkongsian buat semua. Ingatan kita bersama. Bersama TEGAKKAN ISLAM!!!

Tsun Zu:

Matlamat tanpa strategi adalah menjauhkan kemenangan.

Malaysia Panggil PEROMPAK Sebagai Perasmi

Salam perjuangan buat RAKYAT MALAYSIA!!

Satu sedikit perkara yang hendak saya kongsikan.Picture2

COMMONWEALTH  Dibentuk pada tahun 1931. Anggotanya adalah negara bekas tanah jajahan Britain yang merdeka iaitu 54 negara maju dan negara sedang membangun. Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965 beribu pejabat di London. Antara negara itu termasuklah MALAYSIA.

Malaysia ‘dirompak’ oleh Britain tetapi apabila Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel ’98, dipanggilnya ‘perompak’ sebagai perasmi Sukan Komanwel ’98 bagi negara-negara yang ‘dirompak’. Kita seronok bersukan tetapi yang Britain hanya gelakkan kebodohan kita. Bahkan kita banggga ‘perompak’ merasmikannya.

Picture3

Picture4

Fikirlah untuk berubah kepada yang lebih baik!

Malaysia BUKAN Negara ISLAM

Suasana hari ni melihatkan ramai yang sensitif dengan isu agama ISLAM. Asalkan ada orang yang:

1. Melukis gambar nabi

2. Filem menghina nabi

3. Isu Kristianisasi

4. Isu Kalimah Allah

ramai sahaja yang akan melenting. Buat himpunan itu dan ini tetapi pada hakikatnya melanggar apa yang Allah dan Nabi syariatkan. Pergi demonstrasi untuk tegakkan agama Islam tetapi hisap rokok yang mana akan memberi sedikit sumbangan dana pada Yahudi.

Tidak menutup aurat pun lagi ramai terutama yang perempuan serta dengan pergaulan bebas. Tidak salah untuk berdemonstrasi memperttahankan Islam tetapi perwatakan kita tidak mencerminkan yang kita ini pejuang dan pengamal Islam.

Sebab apa berlaku suasana sebegini kerana negara Malaysia kita bukan negara ISLAM. Allahyarham Tunku Abdul Rahman sendiri yang memebuat pengakuan sebegitu.

19th meeting dated 17 Apr 57: ‘The Chief Minister (Tunku) said however that the whole Constitution was framed on the basis that the Federation would be a secular State.’

White paper in Parliament in July 1957 tabled by Alliance government, p18-19, ‘This will no way affect the present position of the Federation as a secular State’.

Beliau sendiri isytiharkan Malaysia adalah negara sekular. So, pemimpin Malaysia sibuk mengaku ini negara Islam tetapi ikut telunjuk Britsh dan Amerika.

Kita sekarang ini pijak Al-Quran kerana semua undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah terbatal.Lihat Article 75:

Article number: 75
If any State law is inconsistent with a federal law, the federal law shall prevail and the State law shall, to the extent of the inconsistency, be void.

Maka dimana undang-undang Islam?? . Masihkah kita sanjung pemimpin yang menjadikan semua rakyat Malaysia PIJAK AL-QURAN?? Fikirlah sendiri… anda penentu untuk memilih pemimpin yang mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian mereka.

MT Setuju Pilihanraya Pucuk Pimpinan: AGM PMIUPM

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده

والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Sebelum ini saya pernah mengisytiharkan untuk mengadakan pemilihan pucuk pimpinan dengan memangkah calon di kertas undi. Dalam kenyataan saya sebelum ini, saya menyatakan bahawa:

Sebelum-sebelum ini PMIUPM hanya menggunakan sistem syura yang tidak memberi kebebasan kepada ahli untuk memilih pucuk pimpinan secara bersama. Sedangkan syura itu sendiri bermaksud mesyuarat. Maka perlulah bersama-sama ahli membuat pemilihan bersama. Keputusan yang besar seperti pemilihan pucuk pimpinan persatuan dan dasar persatuan mestilah melibatkan mesyuarat bersama ahli.

Diperingkat saya selaku Presiden PMIUPM mengharapkan supaya pilihanraya ini dapat:

1. Mendidik mahasiswa supaya rasa bertanggungjawab untuk mimilih pimpinan memandangkan pilihanraya umum semakin hampir.

2. Memberikan hak kepada semua ahli persatuan untuk memilih siapakah pemimpin yang layak untuk menerajui mereka.

Metod Pilihanraya ini saya bersandarkan kepada sirah sahabat Baginda Nabi Muhammad saw bagi memilih Khulafa’ Ar-AGM kedua sedang berlangsung sesi 12/13Rasyidin. Untuk keterangan yang lebih lanjut, anda  boleh melihat kenyataan saya sebelum ini di blog saya iaitu, https://hazimmohdnoh.wordpress.com/2012/12/26/pangkah-calon-pucuk-pimpinan-agm-pmiupm/

Pilihanraya pucuk pimpinan juga telah dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PMIUPM. Majoriti ahli Majlis Tertinggi PMIUPM bersetuju mengadakan Pilihanraya bagi memilih pucuk pimpinan tertinggi. Oleh itu beberapa perkara yang perlu dimaklumkan iaitu:

1) Format Pemilihan Calon. 

i. Presiden PMIUPM mempunyai kuasa untuk mencadangkan calon pucuk pimpinan tertinggi di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PMIUPM sebelum Mesyuarat Agung Tahunan PMIUPM.

 ii. Majlis Tertinggi PMIUPM membincangkan cadangan Presiden serta Majlis Tertinggi PMIUPM untuk meletakkan calon-calon bagi bertanding di setiap jawatan pucuk pimpinan tertinggi.

iii. Cadangan calon juga boleh diambil daripada ahli PMIUPM yang berdaftar.

2) Tarikh Pemilihan

ucapan penangguhan AGM sesi 12/13Proses pengundian EMI hendaklah diadakan sebelum atau pada hari Mesyuarat Agung Tahunan dan keputusan diumumkan selepas tamat proses kiraan undi.

 3) Bentuk Pemilihan

  i. Pemilihan adalah berbentuk sulit dengan memangkah calon pada kertas undian serta dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan untuk membuang undi.

  ii. Pemilihan adalah berbentuk terbuka kepada semua ahli Mesyuarat Agung Tahunan yang berdaftar sebagai ahli PMIUPM.

4) Jawatankuasa Khas Pemilihan (JKP)

i. Jawatankuasa Khas Pemilihan (JKP) EMI adalah sebuah badan bebas berkecuali yang ditubuhkan dalam    mesyuarat Majlis Tertinggi PMIUPM.

ii. 5 orang pelajar Sarjana (Master) Universiti Putra Malaysia yang berdaftar sebagai ahli PMIUPM dilantik memegang 5 jawatan tertinggi dalam Jawatankuasa Khas Pemilihan (JKP) iaitu:

                          I.     Pengerusi JKP

                          II.   Setiausaha JKP

                          III. Bendahari JKP

                          IV.  AJK JKP

Semoga Pilihanraya PMIUPM dapat berjalan dengan lancar dan dapat dijalankan dengan bersih dan adil. Mudah-mudahan kita dapat tunjukkan bagaimana proses perjalanan pilihanraya yang adil dan bersih. Selamat mengundi buat semua ahli PMIUPM yang berdaftar.

Wallahu’alam.

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 08 Rabi’ul akhir 1434H bersamaan  19 Februari 2013

%d bloggers like this: