Tahniah Pimpinan PMIUPM Terima Watikah MPP, ‘Perwakilan Sekolah Menengah’

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده

والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Tahniah buat Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPPUPM) di atas penerimaan watikah perlantikan sebagai MPPUPM sesi kali ini dan juga tahniah yang khusus buat barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) yang menjadi MPPUPM:

1. Mohd Sufiyan Mohamed Nor: Bendahari PMIUPM

2. Nor Fatehah Ahmad: Timbalan Exco Latihan & Kepimpinan PMIUPM – Setiausaha Agung MPPUPM

3. Ahmad Meisery Abd Hakim Amir: Ketua Exco Hubungan Diplomatik & Perpaduan Antara Kaum PMIUPM

Memimpin mengikut acuan Allah adalah amat penting bagi menjadikan UPM sentiasa dirahmati dan diredhai Allah. Saya desak MPPUPM supaya bertindak:

1. Tukarkan segera ‘Majlis Perwakilan Pelajar’ kepada ‘Majlis Perwakilan Mahasiswa’. Hal ini kerana perkataan Mahasiswa mempamerkan tahap diperingkat keilmuan. ‘Murid’ di sekolah rendah, ‘Pelajar’ di sekolah menengah manakala  ‘Mahasiswa’ di peringkat universiti. Maka penggunaan ‘Pelajar’ dalam MPP melambangkan hanya mewakili peringkat sekolah menengah. Pihak Kolej pula yang lebih cerdik dan bagus dengan menggunakan wakil pimpinan mahasiswa di  kolej sebagai ‘Majlis Tertinggi Mahasiswa’.

2. Rombak segera kabinet top MPPUPM kerana calon yang menang di kawasan umum lebih layak memegang jawatan tersebut. Pengundi UPM memberi mandat kepada kepada calon umum untuk menang dengan jumlah 4 angka. Undian mereka meliputi pengundi dari seluruh UPM. Berbeza dengan undian fakulti. Calon fakulti pula hanya mendapat mandat ratusan sahaja undi (3 angka) yang bermakna lebih layak bagi calon fakulti untuk mentadbir fakulti. Undiannya pula hanya datang dari mahasiswa fakulti.

Mudah-mudahan tindakan segera diambil oleh MPPUPM. Maruah sebagai MPP perlu dijaga kerana andalah bakal menerajui Malaysia selepas ini.

Semoga “maruah YB MPPUPM dapat dipertahan dan hak pengundi tidak dinafikan”.

Sekian.

Wallahu’alam

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 02 Zulhijjah 1433H bersamaan  18 Oktober 2012

Leave a comment