Pegawai Askar Bertanding: PRK UPM

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Buat seluruh warga kampus Universiti Putra Malaysia (UPM),

Hari ini merupakan hari kedua bagi calon-calon untuk berkempen memenangi hati pengundi. sekali lagi terdetik di hati saya untuk menulis tentang Pilihanraya Kampus (PRK). Rupanya ada rakan seperjuangan saya yang merupakan Pegawai Askar masuk bertanding. Beliau adalah Leftenan Muda Tajul Asyraf Tajul Anuar. Suka untuk saya untuk menulis serba-sedikit tentang beliau.

Beliau merupakan mahasiswa tahun 4 dari Fakulti Pertanian yang mengambil jurusan Bacelor Sains- Sains Ternakan. Beliau hidup dalam keluarga yang berlatarbelakangkan academician. Bapanya merupakan seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan ibunya seorang guru sekolah.

Muka yang hensem lagi bergaya tambah lagi dengan rambut petak style askar. Bertubuh tegap dan sasa serta memiliki dada yang bidang mungkin disebabkan entah berapa kali melakukan bumpingPenglibatan beliau dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) menjadikan beliau semakin berdisiplin, berkepimpinan, segak, serta berkarisma.

Akhirnya, beliau ditauliahkan dalam majlis Pentauliahan DiRaja Pegawaai Kadet PALAPES IPTA ke 31, 17 Julai 2012, UUM Sintok. Maka muncullah Leftenan Muda Tajul Asyraf Tajul Anuar yang akan bertanding di Kawasan Umum.

Manifesto beliau adalah:

1. Membenarkan Mahasiswa Tahun Pertama Membawa Motorsikal di UPM

Sebelum ini, memang mahasiswa tahun satu tidak dibenarkan langsung membawa motorsikal dalam kampus walaupun mempunyai lesen yang sah. Berbeza dengan Universiti Malaya yang membenarkan mahasiswanya emembawa motrosikal. Jadi beliau memperjuangkan supaya mahasiswa Tahun Pertama dibenarkan untuk membawa motorsikal.

2. Yuran Bas Lupus Secara Automatik Jika Bawa Kenderaan. 

Sebelum ini, jika ada mahasiswa yang membawa kenderaan sendiri sama ada motorsikal ataupun kereta, mereka tetap kena bayar yuran bas sebanyak RM70 setiap semester pengajian. Sangat rugi bagi mahasiswa. Tambahan pula, mahasiswa hanya mempunyai wang yang cukup-cukup untuk kegunaan harian dan belajar. Dengan itu, beliau memperjuangkan supaya yuran bas  terhapus secara automatik setelah membawa kenderaan sendiri ke kampus.

“Undi Anda Adalah Amanah

Undilah Dengan Bijak”

2 Comments

  1. greencampus

    Manifesto tidak selari dengan dasar kampus hijau universiti. Sesuatu peraturan diwujudkan bersebab dan pandangan jauh lebih penting dari manifesto yg bersifat populis!

  2. orang

    sape admin page nie??

Leave a comment